Bleach
| Bleach | ||
| ブリーチ (Burīchi) | ||
| Genre | Shōnen, Misteri | |
| Manga | ||
|---|---|---|
| Pengarang | Tite Kubo | |
| Penerbit | ||
| TV anime | ||
| Pengarah | Noriyuki Abe | |
| Studio | Studio Pierrot | |
| Penyiaran | ||
| ||
| Karya berkaitan | ||
| ||
| Portal Anime dan Manga | ||
Bleach ( ブリーチ Burīchi?, dieja dan ditulis sebagai BLEACH di Jepun) merupakan sebuah siri manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001.
Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam.
Siri manga Bleach telah diadaptasikan menjadi sebuah siri animasi TV, dua buah OVA, tiga buah filem, sebuah muzik "rock", beberapa judulpermainan video dan sebuah permainan koleksi kad. Jualan jilid-jilid kompilasi manga Bleach telah mencecah lebih 40 juta unit di Jepun, dan telah mencapai jualan tertinggi di carta jualan manga di Amerika Syarikat. Siri manga ini telah memenangi Shogakukan Manga Award untukgenre shōnen pada tahun 2005,[1] dan siri animasinya telah dicalonkan untuk beberapa anugerah American Anime Awards.
[sunting]Pengenalan
Kurosaki Ichigo ialah remaja yang lasak dan mempunyai keupayaan luar biasa; dia boleh melihat roh. Kisah ini bermula dengan kemunculan seseorang yang tidak dikenali di bilik Ichigo. Orang ini ialah shinigami (dewa maut) Kuchiki Rukia yang terkejut dengan hakikat bahawa Ichigo boleh melihatnya. Perbualan mereka diganggu oleh kemunculan satu hollow (roh jahat). Selepas Rukia cedera parah semasa melindungi Ichigo, dia ingin memindahkan separuh daripada kuasanya kepada Ichigo supaya dia dapat berhadapan dengan hollow tersebut. Tetapi, Ichigo menyerap kesemua kuasa Rukia dan berupaya mengalahkan Hollow itu dengan mudah.
Keesokan harinya, Rukia muncul semula sebagai rakan sekelas Ichigo. Hairannya, Rukia kelihatan seperti manusia biasa. Dia membuat andaian bahawa kekuatan semangat Ichigo yang luar biasa menyebabkannya menyerap kesemua kuasa shinigami Rukia lalu mengakibatkan Rukia terdampar di dunia manusia. Rukia kini menggunakan gigai - badan manusia tiruan - sementara menunggu kuasanya pulih. Ichigo pula terpaksa mengambil alih tugasnya sebagai shinigami (menentang hollow dan memimpin roh sesat ke Soul Society).
[sunting]Watak utama
Artikel utama: Watak-watak dalam Bleach
- Kurosaki Ichigo
- Kuchiki Rukia
- Inoue Orihime
- Sado "Chad" Yasutora
- Urahara Kisuke
- Ishida Uryū
- Abarai Renji
- Hitsugaya Tōshirō
- Kuchiki Byakuya
- Zaraki Kenpachi
- Madarame Ikkaku
[sunting]Jenis watak
Semua watak dalam Bleach ialah roh. Manusia hidup mengandungi roh dalam tubuh sebenar. Roh dan semangat bebas pula mengambil bentuk ektoplasma (霊子, reishi), sejenis tenaga semangat. Tenaga ini merangkumi semua makhluk halus; tiada garis untuk membezakan minda daripada badan. Jenis organisma atau jadian adalah seperti di bawah.
- Manusia: Manusia dalam Bleach dipaparkan seperti rakyat Jepun moden. Kebanyakan manusia tidak boleh melihat dan mengesan roh dalam mana-mana cara. Tetapi, roh boleh mendiami badan tiruan dan dengan ini, boleh dilihat oleh manusia. Seorang dalam 50 000 manusia boleh bertindak sebagai medium komunikasi dengan hantu, tetapi hanya satu pertiga sahaja yang boleh melihat hantu dengan jelas. Sesetengah manusia pula mempunyai kuasa untuk mengesan roh dan kekuatan untuk melawan mereka. Manusia biasa lain boleh memperoleh keupayaan ini; mereka hanya perlu selalu berada berhampiran dengan sumber kuasa semangat yang besar.
- Plus: Merupakan hantu jinak dan tidak berbahaya dalam Bleach. Plus ialah roh bagi seseorang yang baru meninggal. Seutas rantai yang dikenali sebagai '因果の鎖, inga no kusari' (Rantai Nasib) akan tersembul dari dada plus dan menghubungkannya kepada sesuatu objek, orang atau lokasi yang dirasakan paling dekat kepada mereka semasa hidup. Roh tersebut boleh bergerak bebas selepas rantai tersebut putus tetapi hal ini juga akan mengakibatkan rantai itu terkakis. Biasanya, plus akan dihantar ke Soul Society oleh shinigami melalui satu upacara yang dikenali sebagai '魂葬, konsō' (pengebumian roh) sebelum kakisan Rantai Nasib menjadi lebih nyata. Apabila rantai tersebut habis terkakis sebelum menjalani 'pengebumian roh', satu lubang akan wujud di dada roh (di tempat asal Rantai Nasib tersembul). Roh sedemikian akan hilang kewarasan dan menjadi roh jahat - hollow. Jika Rantai Nasib sengaja ditarik keluar, kadar roh tersebut menjadi hollow akan meningkat.
- Shinigami: Shinigami (Dewa Maut) ialah roh yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan dilantik daripada kalangan warga biasa dan kaum bangsawan di Soul Society. Seperti roh lain, mereka tidak boleh dikesan oleh manusia biasa. Shinigami menggunakan pedang roh (zanpakutō) untuk menjalankan upacara "pengebumian roh" terhadap plus. Shinigami juga menggunakan zanpakutō dan kidō untuk menentang musuh utama mereka, hollow. Sesetengah shinigami berjaya memperoleh kuasa hollow secara haram dan dikenali sebagaivizard.
- Hollow: Mereka merupakan antagonis utama dalam Bleach. Mereka ialah hantu jahat yang tinggal di Hueco Mundo tetapi merantau ke dunia manusia untuk makan roh manusia yang masih hidup dan yang telah mati. Seperti shinigami, mereka terdiri daripada zarah-zarah semangat dan menggunakan kuasa semangat dalaman untuk bertarung. Kebanyakan hollow dapat ditewaskan oleh shinigami biasa tetapi ada juga yang keupayaannya melampaui kekuatan shinigami peringkat kaptan. Semua hollow memakai topeng putih kecuali sebilangan kecil sahaja yang dikenali sebagai arrancar; mereka mampu menanggalkan topeng sendiri dan menggunakan kuasa shinigami. Walaupun mereka mempunyai zanpakutō, pedang tersebut digunakan untuk mengubah rupa fizikal arrancar terbabit.
- Roh tiruan: Merupakan produk yang dihasilkan secara besar-besaran oleh shinigami. Roh tiruan dikeluarkan dalam bentuk pil dan digunakan untuk memaksa shinigami keluar daripada gigai semasa berada di dunia manusia serta mempunyai personaliti yang telah diprogramkan (mereka akan menganimasikan tubuh shinigami tersebut sementara menunggu kepulangannya). Selain itu, terdapat satu versi roh tiruan yang berbeza dan dikenali sebagai "roh modifikasi". Roh modifikasi berfungsi untuk memburu hollow dengan merasuk tubuh manusia yang kosong (tidak mengandungi roh) dan mempunyai kekuatan luar biasa seperti kekuatan atau kelajuan yang dipertingkat. Shinigami berkeputusan untuk menamatkan kajian berkenaan roh modifikasi kerana tindakan memaksa mayat untuk berlawan adalah tidak bermoral. Maka, semua roh modifikasi terpaksa dimusnahkan. Hanya satu sahaja yang terselamat tetapi dalam anime, sekurang-kurangnya tiga lagi telah dihasilkan.
- Quincy: Mereka ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada manusia yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan pernah menentang hollow dengan menggunakan senjata yang terdiri daripada tenaga semangat. Bertentangan dengan shinigami, Quincy menyerap dan mendapat tenaga daripada sekeliling. Apabila seorang shinigami membunuh hollow, jiwa hollow tersebut akan dibersihkan dan segala dosanya akan dihapuskan lalu membolehkannya memasuki Soul Society. Tetapi, teknik Quincy membunuh hollow akan terus memusnahkan hollow tersebut. Tindakan ini akan menjejaskan keseimbangan alam. Apabila roh dimusnahkan, bilangan roh yang memasuki dan meninggalkan Soul Society tidak lagi seimbang. Isu ini mendesak shinigami untuk menghapuskan Quincy 200 tahun sebelum jalan cerita utama bermula. Tetapi, sekurang-kurangnya dua Quincy masih hidup.
- Bount: Mereka hanya diperkenalkan dalam siri anime. Bount, seperti Quincy, merupakan sebuah keluarga yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan kebolehan luar biasa. Mereka dihasilkan secara tidak sengaja oleh saintis shinigami yang sedang menjalankan kajian untuk mencipta kehidupan abadi. Bount mencernakan roh manusia untuk terus hidup; secara teori, mereka dapat hidup selama-lamanya jika berbuat demikian. Walaupun Bount mempunyai peraturan khas yang melarang mereka memakan roh hidup, kumpulan terakhir Bount telah melanggar prinsip tersebut untuk menjadi lebih berkuasa agar mampu memusnahkan dunia shinigami. Setiap Bount menggunakan "doll" (patung) dalam kombat. Setiap doll adalah unik dan merupakan manifestasi kuasa tuannya. Seandainya doll dimusnahkan, tuannya juga akan turut mati.
[sunting]Latar tempat
Hampir kesemua lokasi yang dipaparkan dalam Bleach menggambarkan dunia nyata, alam barzakh dan kepercayaan manusia. Manusia hidup menetap di dunia seperti sedia ada; roh yang telah dikebumikan tinggal di Soul Socoety yang seakan-akan syurga; roh yang terdampar pula tinggal di Hueco Mundo; roh jahat akan dihantar ke neraka. Apabila tiba di Soul Society, roh dapat hidup dengan lebih lama dan banyak juga yang berusia lebih daripada seribu tahun. Apabila satu roh mati di Soul Society, dia akan dihantar semula ke dunia nyata dan dilahirkan semula sebagai manusia baharu. Keadaan ini menjamin keseimbangan alam.
- Dunia manusia: Dunia manusia dalam Bleach ialah Jepun moden. Lebih spesifik lagi, kawasan tersebut ialah Bandar Karakura di Tokyo Barat. Di dunia ini, Ichigo menghadiri sekolah menengah dan menentang hollow. Tempat-tempat utama di sini ialah sekolah menengah, Kedai Urahara, sungai tempat ibu Ichigo dibunuh, kubur serta rumah Orihime dan Ichigo.
- Soul Society: Terdiri daripada tembok besar yang mengelilingi sebuah bandar di tengah-tengah yang dikenali sebagai Seireitei (Perkarangan Roh Suci) dan empat bahagian (utara, selatan, barat, timur), masing-masing mengandungi 80 daerah di luar. Daerah-daerah di luar Seireitei dikenali sebagaiRukongai (Pekan Roh Merempat) dan merupakan tempat tinggal roh yang bukan shinigami dan bukan bangsawan. Nombor daerah Rukongai dari 1 hingga 80 juga menggambarkan keadaan kehidupannya. Daerah 1 aman dan bertertib manakala Daerah 80 dipenuhi oleh penyangak dan mempunyai suasana kehidupan yang teruk. Seorang raja menetap di alam yang lain dalam Soul Society tetapi tidak banyak yang diketahui tentangnya.
- Hueco Mundo: Merupakan tempat di antara dunia manusia dengan Soul Society. Tempat ini ialah kawasan kediaman hollow semasa mereka tidak memburu roh manusia di dunia nyata atau Soul Society. Jalan masuk ke Hueco Mundo ialah retakan dimensi di dunia manusia atau Soul Society.
- Neraka: Roh yang telah melakukan jenayah berat semasa hidup akan dihantar ke sini. Apabila topeng kepada sesuatu hollow yang terlalu kejam dan zalim dibelah oleh zanpakutō, pintu neraka (pintu gergasi yang disokong oleh rangka manusia) muncul dan terbuka. Satu makhluk besar yang memegang sebilah tombak akan menikam roh jahat tersebut dan menariknya ke neraka.
Watak-watak Bleach bergerak dari satu dunia ke dunia yang lain melalui beberapa kaedah. Roh manusia biasanya boleh melintas ke atau dari Soul Society masing-masing melalui upacara pengebumian roh atau kelahiran semula. Tetapi, manusia hidup boleh menggunakan portal khas untuk bergerak ke dunia lain. Shinigami boleh membuka jalan di antara dunia tertentu dengan menggunakan zanpakutō. Kupu-kupu yang dihasilkan semasa pengebumian roh yang dinamakan rama-rama neraka menjamin keselamatan perjalanan. Hollow boleh terus mengoyak dimensi untuk ke dunia sebenar atau Soul Society tetapi jarang berbuat demikian kerana takut dikesan oleh shinigami. Jadi, mereka biasanya akan tinggal di Hueco Mundo.
Tokoh-Tokoh
Kuchiki Rukia
| Kuchiki Rukia | |
|---|---|
| Watak Bleach | |
| Ciptaan | Tite Kubo |
| Suara oleh | Fumiko Orikasa Michelle Ruff |
| Profil | |
| Jantina | Perempuan |
| Spesies | Shinigami |
| Tarikh lahir | 14 Januari[1] |
| Pekerjaan | Shinigami Divisyen ke-13 |
| Saudara mara terkenal | Hisana Kuchiki (kakak, meninggal dunia), Kuchiki Byakuya (abang ipar, abang angkat) |
| Zanpakutō | Sode no Shirayuki |
Kuchiki Rukia (朽木 ルキア) merupakan salah satu watak utama dalam siri manga dan anime Bleach. Rukia ialah shinigami yang tidak mempunyai pangkat dalam Pasukan 13 di bawah Ukitake Jushiro. Dia bertemu dengan Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah tinggi dan segalanya bermula dari situ.
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.[sunting]Watak dan Perwatakan
Pada mulanya, Kuchiki Rukia dilahirkan dalam keluarga kelas bawahan. Walaupun telah menjadi adik angkat kepada ketua salah sebuah keluarga bangsawan iaitu Kuchiki Byakuya, dia masih merendah diri serta gemar bergaul dengan orang biasa. Walaupun dia memberitahu Ichigo bahawa usianya 10 kali lebih tua daripada Ichigo, Rukia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang gaya kehidupan zaman kini memandangkan Soul Society berupakan zaman Edo Jepun. Dia tidak tahu minum jus dari kotak minuman dan belajar cara bertutur Jepun moden melalui komik yang dibaca. Berdasarkan kata-kata Kubo, apabila keputusan peperiksaan akhir tahun diisytiharkan, Rukia menduduki tempat 302 daripada 322. Dia gagal dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Jepun.
Rukia pandai berlakon dan melalui bakat ini, dia dapat meloloskan diri daripada situasi-situasi yang melekit. Hanya Ichigo yang boleh melihat menerusi kepura-puraan Rukia dan menuduhnya berbohong. Dia juga suka melukis (tetapi lukisannya agak teruk); lukisannya yang melambangkan manusia dan hollow selalunya digambarkan dengan arnab dan patung beruang. Ketidakbolehan Rukia melukis (Rukia mudah berasa marah apabila diberitahu tentang kenyataan ini) membekalkan elemen lucu dalam siri ini. Rukia akan melukis gambar semasa menerangkan sesuatu kepada Ichigo, Ichigo akan mengetawakan kualiti lukisannya dan Rukia akan memukul Ichigo dengan kuat. Rukia amat meminati Si Arnab Chappy (dan semua item yang bertemakan arnab) sehinggakan berasa kecewa apabila gagal memperoleh Chappy Soul Candy kerana popularitinya di Soul Society (dia berjaya mendapatkannya dalam babak Arrancar). Dia juga suka memanjat ke tempat yang tinggi. Makanan kegemarannya ialah telur dan timun.
Sikapnya terhadap Ichigo berubah-ubah sepanjang siri. Pada sesetengah waktu, dia akan selalu bertelingkah dengan Ichigo dan pada masa yang lain, dia bimbang akan Ichigo dan menasihatinya seperti petapa tua yang bijak. Dia kelihatan sangat rapat dengan Ichigo walaupun baru berjumpa. Kebanyakan babak yang memaparkan mereka berdua melibatkan pergaduhan dan perang mulut. Tetapi, mereka berdua amat memahami sesama sendiri dan dapat berbual dari hati ke hati.
Rukia turut memiliki bahagian yang serius seperti yang ditunjukkan pada kala dia dibawa balik ke Soul Society kerana memindahkan kuasanya kepada Ichigo. Di sana, dia kelihatan seolah-olah telah menerima takdir hidupnya atau sedang berfikir tentang sesuatu dengan dalam. Dia dan Ichigo juga pernah merasai kehilangan dan kekesalan. Ichigo menyalahkan dirinya kerana menyebabkan kematian ibunya. Rukia pula menyalahkan dirnya kerana membunuh pegawai atasan pasukannya, Shiba Kaien dan mengakibatkan kematian pasti Ichigo.
[sunting]Tempat Tinggal
Pada permulaan cerita, Rukia tinggal di dalam almari Ichigo dengan Kon; dia menggunakan tingkap bilik tidurnya sebagai pintu keluar masuk. Dia juga memperoleh pakaian biasa dan seragam sekolah daripada Urahara secara kredit (sesetengahnya dicuri daripada adik perempuan Ichigo, Yuzu).
Beberapa bulan selepas peristiwa di Soul Society, Rukia pulang ke dunia nyata dengan lima orang shinigami lain bagi menangani ancaman arrancar. Dia berjaya meyakinkan keluarga Kurosaki untuk membenarkannya menumpang buat sementara waktu dengan menceritakan sebuah kisah sedih. Rukia akhirnya berkongsi bilik dengan Karin dan Yuzu.
[sunting]Sejarah
Rukia dan kakaknya, Hisana bertemu semula di Daerah ke-78 Rukongai selepas mereka meninggal dunia di dunia sebenar. Hisana meninggalkan Rukia ketika dia masih bayi lagi kerana Hisana tidak mampu menyara dirinya dan Rukia. Rukia membesar sendirian sehinggalah dia bertemu dengan Abarai Renji dan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Mereka bekerjasama mencuri makanan untuk meneruskan hidup dan lama-kelamaan, membentuk sebuah keluarga. Walaupun pada asalnya Rukia dan Renji tidak ingin menjadi shinigami, kematian kesemua sahabat mereka mendorong mereka berdua untuk memasuki akademi bagi memperbaik taraf kehidupan.
Di akademi shinigami, Renji dapat memasuki kelas teratas manakala Rukia memasuki kelas bawah. Hubungan mereka berdua semakin renggang apabila Renji bergerak ke hadapan dalam latihannya dan mencapai status elit dan berterusan apabila Rukia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada keluarga bangsawan Kuchiki. Renji meluahkan perasaan gembiranya setelah mendengar khabar ini walaupun masing-masing tidak mengakui kesedihan yang dirasai kerana kemungkinan besar mereka tidak boleh lagi bersua muka. Rukia menganggotai keluarga tersebut dan dengan serta-merta ditawarkan kedudukan dalam Bahagian ke-13 tanpa perlu menamatkan pengajian atau mengambil ujian kelulusan. Rukia tidak tahu bahawa Byakuya mengambilnya sebagai adik angkat bagi memenuhi permintaan terakhir Hisana yang juga merupakan seorang Kuchiki setelah mengahwini Byakuya.
Di Bahagian ke-13, Rukia tidak diberikan jawatan khas. Hal ini kemudiannya didedahkan sebagai angkara Byakuya kerana dia tidak mahu Rukia dihantar ke misi-misi berbahaya. Rukia kemudiannya bersahabat dengan leftenan bahagian tersebut, Shiba Kaien dan amat menyanjungi isterinya, Tempat Ketiga Shiba Miyako. Apabila Miyako dibunuh oleh hollow, Rukia, Kaien dan kaptan Bahagian ke-13, Ukitake Jūshirō memburu hollow tersebut. Kaien berhadapan dengan hollow tersebut dan menyebabkan zanpakutōnya patah. Rukia ingin membantu Kaien tetapi dihalang oleh Ukitake. Dia memberitahu Rukia bahawa pertarungan Kaien kali ini adalah demi maruahnya, bukan nyawanya. Jika Rukia membantu, Kaien akan terselamat tetapi maruahnya akan tercalar selama-lamanya. Sementara itu, hollow tersebut merasuki Kaien. Ukitake cuba menentang hollow tersebut tetapi apabila penyakitnya menyerang, hollow tersebut mengambil kesempatan untuk menyerang Rukia. Kaien berupaya menguasai hollow tersebut buat seketika dan menikam dirinya dengan zanpakutō Rukia. Dia berterima kasih kepada Rukia dan Ukitake kerana membiarkannya bertarung demi maruahnya dan meninggal dalam dakapan Rukia. Rukia membawa pulang mayat Kaien ke keluarga Shiba tetapi tidak memohon maaf kerana berasa bersalah atas kematian leftenannya.
[sunting]Sinopsis
[sunting]Kisah awal
Semasa meronda di Bandar Karakura, Rukia memasuki bilik Ichigo untuk mengebumikan roh yang sedang mengekori Ichigo. Rukia terkejut apabila Ichigo menendangnya kerana tidak menyangka bahawa seorang manusia dapat melihat dan menyentuh shinigami. Satu hollow menyerang rumah Ichigo dan Rukia cedera parah semasa melindungi Ichigo. Rukia yang tidak dapat bertarung cuba menyalurkan sebahagian daripada kuasa shinigaminya kepada Ichigo tetapi Ichigo menyerap kesemua kuasa Rukia. Dengan keupayaan shinigami, Ichigo dengan mudahnya menumpaskan hollow tersebut dan Rukia meninggalkan Ichigo.
Oleh sebab Ichigo telah menyerap kuasa shinigaminya, Rukia tidak dapat pulang ke Soul Society dan terpaksa menggunakan gigai yang diberikan oleh Urahara Kisuke sementara menunggu kuasanya pulih. Pada masa ini, dia meyakinkan Ichigo agar mengambil alih tugasnya dan menjadi pelajar di sekolah Ichigo. Malangnya, aktiviti Ichigo mengakibatkan kekecohan di dunia roh dan dunia manusia. Sekumpulan besar hollow (dan satu Menos Grande) datang ke dunia nyata tetapi dapat ditangani oleh Ichigo, Rukia dan beberapa orang kawan yang telah membangunkan kuasa sendiri selepas terdedah kepada kuasa semangat Ichigo.
Semakin lama Rukia tinggal di dunia manusia, semakin selesa kehidupannya di sana. Oleh sebab itu, Rukia takut bahawa jiwanya akan terikat dengan alam nyata dan melarikan diri dari rumah Ichigo. Dua orang shinigami dari Soul Society, kawan sepermainannya dari kecil Renji dan abang angkatnya Byakuya tiba di dunia manusia untuk memberkas Rukia dan nyaris-nyaris membunuh Ichigo dalam tugas tersebut. Risau akan keselamatan Ichigo, Rukia merayu kepadanya agar melupakannya dan pulang ke Soul Society sebagai banduan.
[sunting]Babak Soul Society
Rukia dipenjarakan di dalam sebuah bilik tahanan di pejabat Bahagian ke-6 dan dijatuhkan hukuman mati. Sementara Ichigo dan rakan-rakannya bergerak ke Soul Society, dia berjumpa dengan Yamada Hanatarō yang ditugaskan untuk membersihkan bilik tahan Rukia. Rukia menceritakan banyak perkara tentang Ichigo dan dunia manusia. Hukuman bunuh yang bakal dijalankan menjadi semakin pelik dan disyaki apabila tarikhnya diubah sebanyak dua kali mengakibatkan Rukia mempunyai masa sebanyak 25 hari dan bukannya 35 hari seperti biasa. Selain itu, Sōkyoku, sejenis senjata besar yang berkuasa untuk membunuh shinigami kelas kaptan dengan segera akan digunakan dalam hukuman bunuh Rukia. Beberapa hari selepas itu, dia dipindahkan ke Tokong Kesedaran. Dari sana, Rukia boleh melihat Sōkyoku. Renji mengawas pemindahan lokasi Rukia dan memaklumkannya bahawa ryōka (roh asing) yang menceroboh masuk ke Soul Society ialah Ichigo.
Semasa di Tokong Kesedaran, Rukia melihat beberapa roh asing mencerobohi Soul Society dari langit dan kemudiannya diberitahu bahawa Renji telah dikalahkan. Dia juga dapat mengesan saat-saat ketika Ichigo dan Kenpachi tidak sedarkan diri setelah bertarung. Tiga hari sebelum hukuman dijalankan, Shiba Ganju dan Hanatarō berjaya memengsankan pengawal-pengawal yang berjaga di Tokong Kesedaran dan memecah masuk ke dalamnya. Apabila melihat Rukia, Ganju sedar bahawa dialah yang membunuh abangnya Kaien dan mengugut untuk membunuhnya. Byakuya muncul di tempat kejadian dan selepas diyakinkan oleh Hanatarō, Ganju berkeputusan untuk bersemuka dengan Byakuya bagi melindungi Rukia. Ganju hampir-hampir dibunuh oleh Byakuya tetapi kehadiran Ichigo menyelamatkan nyawanya. Ketibaan Ukitake Jūshirō dan Shihouin Yoruichi menyelamatkan orang lain di sekitar tetapi Rukia terpaksa dihantar semula ke penjara.
Tiga hari kemudian, Rukia dibawa keluar dari Tokong Kesedaran untuk dibunuh. Di pertengahan jalan, dia merasai bahawa Renji ditewaskan sekali lagi oleh seseorang. Ichimaru Ginmenyapa Rukia dan berjanji kepada Rukia bahawa dia akan menyelamatkannya, Renji dan penceroboh lain. Apabila harapan baharu tercetus di hatinya, Gin mengakui bahawa dia hanya berbohong. Rukia dibawa ke Sōkyoku dan sebagai permintaan terakhirnya, dia meminta agar penceroboh Seireitei dihantar pulang ke dunia manusia dengan selamat. Sōkyoku dibebaskan dan sebelum ia sempat mengambil nyawa Rukia, Ichigo menghalangnya dengan zanpakutōnya. Ukitake dan Kyōraku turut menghadirkan diri dan menghancurkan Sōkyoku sementara Ichigo memusnahkan tapak hukuman bunuh dijalankan. Renji juga tiba dan Ichigo menyerahkan Rukia kepadanya. Renji membawa Rukia keluar dari kawasan tersebut dan meninggalkan Ichigo untuk berhadapan dengan leftenan lain serta Byakuya.
Renji mendukung Rukia sambil melarikan diri tetapi dihalang oleh Tōsen Kaname yang menghantar mereka kembali ke puncak bukit Sōkyoku. Aizen, Tōsen dan Ichimaru mendedahkan diri mereka sebagai pembelot dan meminta Renji menyerahkan Rukia. Renji berkeras untuk melindungi Rukia tetapi dia ditewaskan oleh Aizen dengan mudah. Begitu juga halnya dengan Ichigo yang cuba masuk campur dalam pertarungan tersebut. Aizen kemudiannya berkata bahawa hukuman bunuh ini dilangsungkan untuk memperoleh Sfera Pembiasan, sejenis alat yang mempunyai kuasa untuk memecah benteng penghadang di antara shinigami dengan hollow. Sfera tersebut telah diletakkan di dalam tubuh Rukia apabila dia menggunakan gigai yang diberikan oleh Urahara. Urahara mencipta gigai yang tidak boleh dijejaki dan menyebabkan penggunanya tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Tetapi, gigai ini menyerap kuasa semangat, bukannya memulihkan kuasa penggunanya. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan, Rukia akan menjadi manusia biasa. Aizen berhajat untuk mengambil Sfera Pembiasan ini selepas Rukia dibunuh tetapi penglibatan Ichigo dalam situasi ini memaksanya menggunakan kaedah lain yang tidak begitu berbahaya (dicipta oleh Urahara juga). Cara ini tidak mencederakan roh Rukia. Walaupun dapat mengambil Sfera Pembiasan tanpa mengancam nyawa Rukia, Aizen mengarahkan Ichimaru untuk membunuhnya. Dia diselamatkan oleh Byakuya yang menolaknya daripada serangan Ichimaru. Sementara itu, kaptan, manusia dan leftenan lain tiba di tempat kejadian untuk menghalang tindakan pembelot-pembelot Soul Society. Tetapi, mereka diselamatkan oleh hollow yang membawa mereka ke Hueco Mundo.
Apabila Byakuya sedang menerima rawatan, dia memberitahu Rukia tentang kakaknya dan menerangkan bahawa keputusannya untuk membunuh Rukia adalah disebabkan oleh sumpahnya kepada keluarga Kuchiki bahawa dia tidak akan melanggar peraturan lagi. Ishida, Chad, Ichigo dan Orihime bersiap-sedia untuk pulang ke dunia manusia dan Rukia akhirnya memohon maaf kepada keluarga Shiba. Dia juga membuat keputusan untuk tinggal di Soul Society.
[sunting]Babak Bount
Dalam anime, Rukia pulang semula ke dunia manusia apabila Bount mula mengancam ketenangan di sana. Dia tidak dimaklumkan tentang perkara ini, sebaliknya diarahkan untuk menghapuskan hollow. Oleh itu, dia berasa terkejut apabila tiba di alam nyata dan menyaksikan pertarungan antara Ichigo dengan Sōma Yoshino.
Apabila pertarungan tamat, Rukia bertemu dengan tiga roh modifikasi buatan Urahara yang boleh mengesan Bount. Ririn berasa cemburu akan hubungan mesra antara Rukia dengan Ichigo manakala Rukia menyukai Kuroud yang hampir seiras dengan Si Arnab Chappy dalam bentuk patung mainan. Rukia kemudiannya banyak menghabiskan masa di dunia sebenar dengan Ichigo dan rakan-rakan serta menghadiri sekolah seperti pada permulaan kisah. Tetapi, Rukia telah pun mengubah memori kawan-kawan sekelas bahawa dia memang mengikuti sesi persekolahan selama ini.
Semasa bertarung dengan Bount Mabashi, dia dirasuk oleh dollnya Ritz. Ritz berupaya memaksa Rukia mengambil bentuk shinigami dan menggunakan zanpakutōnya dalam keadaan asal (belum dibebaskan). Inoue Orihime berjaya memulihkan Rukia dengan menggunakan kuasanya untuk "menolak" peristiwa kerasukan Rukia.
Kemudian, Rukia menemani Ichigo dan lain-lain ke gua Bount dan akhirnya pulang ke Soul Society apabila Bount melancarkan serangan di sana. Dalam perjalanan dengan pasukannya, dia diserang oleh Yoshi. Dia dapat melarikan diri daripada Yoshi buat beberapa ketika dengan bantuan Ririn tetapi terpaksa menyerahkan diri apabila Yoshi mengambil seorang budak kecil sebagai tawanan. Yoshi mencederakan Rukia dan menikam kakinya tetapi Byakuya tiba tepat pada masanya untuk menghalang Yoshi daripada membunuh Rukia.
Semasa berehat di atas katil, Rukia terdengar beberapa orang gaji sedang membincangkan perisitiwa Ichigo bertarung dengan Kariya Jin di Sōkyoku dan cuba pergi ke medan pertarungan. Dia berselisih dengan Renji dan oleh sebab keadaan fizikalnya yang masih lemah, Rukia meminta Renji untuk membawanya ke sana. Pada mulanya, Rukia ingin menghulurkan bantuan tetapi dihalang oleh Renji yang mengatakan bahawa perlawanan ini ialah perlawanan Ichigo. Semasa menyaksikan pertarungan ini, dia meyakinkan Orihime agar membiarkan Ichigo bertempur sendirian kerana Jin dan Ichigo berkongsi latar belakang yang sama.
[sunting]Babak Arrancar
Rukia muncul semula selepas kekalahan Ichigo kepada dua orang arrancar. Dia menyalakan semula semangat Ichigo untuk melindungi kawan-kawannya dan mengheret Ichigo untuk berjumpa dengan Orihime yang pada asalnya cedera kerana kegagalan Ichigo untuk mempertahankannya. Kemudian, dia bertolak ke rumah Keluarga Kurosaki dan di sana, shinigami lain menerangkan situasi terkini dengan Aizen. Dia dapat menewaskan arrancar D-Roy yang lemah dengan mudahnya dengan menggunakan tahap pertama zanpakutōnya. Setelah diserang hendap oleh Grimmjow, Ichigo mempersoalkan janji dan azam yang telah dibuat olehnya dan meninggalkan Rukia tanpa memberitahu tempat tujuannya.
Rukia menenangkan Orihime apabila Orihime dikatakan sebagai satu beban oleh Urahara. Selepas Orihime menyelesaikan beberapa urusan dengan vizard, Rukia membawanya ke Soul Society supaya mereka boleh berlatih bersama-sama untuk menjadi lebih kuat. Selepas satu lagi serangan arrancar di dunia manusia, Rukia pulang semula ke alam nyata sebelum Orihime untuk menyelamatkan Ichigo daripada Grimmjow. Sebelum Grimmjow sempat membunuh Rukia, Ichigo menyelamatkannya. Hirako Shinji tiba di tempat kejadian untuk bertarung dengan Grimmjow pula. Rukia ingin mengetahui hubungan Ichigo dengan "orang baru" ini tetapi terlalu sibuk dengan komunikasinya dengan Soul Society untuk mendalami khabar baru tersebut.
Selepas itu, dia muncul di rumah Orihime dan mengetahui berita penculikannya. Ichigo bersumpah untuk menyelamatkan Orihime tetapi Rukia idak berpeluang untuk membantu Ichigo kerana dia dan shinigami lain terpaksa pulang ke Soul Society atas arahan Byakuya dan Kenpachi.
[sunting]Babak Hueco Mundo
Apabila Ichigo, Chad dan Ishida tiba di Hueco Mundo, Rukia dan Renji dapat mengejar dan mengikuti kumpulan tersebut serta sempat menyelamatkan mereka daripada serangan hollow. Seperti biasa, dia menyapa Ichigo dengan satu tumbukan (diikuti oleh satu pukulan siku daripada Renji) dan memberitahu Ichigo bahawa mereka sepatutnya menunggu ketibaannya dan Renji memandangkan mereka semua merupakan teman dan sebahagian daripada pasukan tersebut. Dia juga menjelaskan bahawa tindakan ini diluluskan oleh Byakuya (bukannya Jeneral Yamamoto). Maka, mereka dapat membantu menyelamatkan Orihime daripada Aizen dan Espada lain. Kumpulan ini bertolak ke ibu pejabat Aizen. Apabila berhadapan dengan sebuah bilik bercabang lima, mereka berpisah dan berjanji untuk berjumpa sesama sendiri hidup-hidup.
Setelah mengesan kekalahan Chad, Rukia menyeberangi sebatang jambatan di Las Noches. Apabila melihat sinaran matahari walhal keadaan di sana sepatutnya malam sentiasa, seorang Espada muncul dan membawanya ke dalam sebuah bangunan di tenah-tengah. Di sana, Espada tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Aaroniero Arleri dan menanggalkan topengnya untuk mendedahkan wajahnya yang seiras Shiba Kaien.
Aaroniero menerangkan bahawa roh Kaien telah dihantar ke Hueco Mundo kerana ia telah bersebati dengan hollow kajian Aizen pada masa kematiannya. Hollow ini telah dicipta untuk mereput dan mengambil bentuk asal semula di Hueco Mundo. Memandangkan ia telah bersebati dengan Kaien pada ketika itu, kedua-dua mereka pulang ke sini sebagai satu entiti. Hollow itu sepatutnya mendominasi tubuh dan minda tetapi Aaroniero mendakwa bahawa Kaien sedang mengawal entiti ini. Dia menggantikan tempat seorang Espada di samping Aizen untuk membalas dendam. Dia juga meminta Rukia untuk mengikutinya tetapi cuba menyerang Rukia apabila dia berhampiran dengannya. Dia memuji bahawa kemahiran Rukia telah pun meningkat apabila Rukia berjaya mengelak serangan curi tersebut. Dia kemudiannya mengatakan menganggap peristiwa tersebut sebagai satu gurauan dan memberitahunya bahawa Rukia perlu membunuh kesemua sahabatnya demi mendapatkan keampunan daripadanya.
Berang akan sikap acuh tak acuh Aaroniero dan dakwaannya sebagai Kaien, Rukia menyerangnya kerana yakin bahawa Kaien yang sebenar tidak akan meluahkan kata-kata sebegitu. Cubaan Rukia gagal dan memandangkan Aaroniero memiliki memori Kaien, dia sangat memahami gaya serangan Rukia. Aaroniero membebaskan zanpakutōnya, Nejibana yang pernah dimiliki oleh Kaien dahulu. Rukia tidak mampu menyaingi bekas pegawai atasannya malah zanpakutōnya telah terlepas daripada genggamannya. Pada saat-saat terakhir, satu jampi kidō memecahkan sebahagian daripada dinding bangunan dan mendedahkan Aaroniero kepada cahaya matahari. Dengan ini, Aaroniero terpaksa berundur ke dalam bayang-bayang.
Dengan keupayaan Rukia untuk menggunakan kidō beberapa kali serentak, dia menggunakan jampi pengunci untuk menghentikan pergerakan Espada tersebut dan menembak satu jampi pemusnahan ke dinding untuk mendedahkan Aaroniero sepenuhnya kepada cahaya matahari. Hal ini menyebabkan wajah Kaien mencair dan mendedahkan satu bikar besar berisi cecair sebagai ganti kepalanya yang mengandungi dua sfera berisi topeng hollow. Rukia mempercayai bahawa dia sedang menguasai pertarungan ini tetapi Aaroniero mengatakan bahawa selagi dia berada di sebalik bayang-bayang, dia masih boleh menggunakan kuasanya. Sebagai permulaan, wajah Kaien muncul semula. Dia kemudiannya menggunakan kuasa sebenarnya iaitu menyerap kuasa hollow yang telah dimakannya. Apabila Rukia membunh Kaien, tubuh hollow yang merasukinya, Metastacia, pulang semula ke Hueco Mundo dan dimakan oleh Aaroniero. Dengan itu, roh Kaien adalah sebahagian daripada Aaroniero. Rukia tidak sanggup bertarung dengan bekas leftenannya dan cuba menyerang sekali lagi. Tetapi, Sode no Shirayuki terbelah dua semasa cuba menghadang serangan Nejibana. Rukia ditikam oleh Nejibana dan dijulang ke udara.
[sunting]Kuasa
Rukia, sebagai shinigami Bahagian ke-13, mempunyai beberapa kemahiran asas yang dipunyai oleh shinigami tentera lain. Pada permulaan cerita, dia memiliki zanpakutō biasa. Kekuatan utama Rukia adalah pengetahuannya tentang kidō. Rukia banyak menggunakan kidō untuk mengunci pergerakan, merawat, menyuci dan memusnah. Renji juga menyatakan bahawa Rukia berguna dalam pertarungan kerana ketangkasannya.
Selepas kehilangan kuasa shinigaminya, dia masih mampu menggunakan kemahiran-kemahiran ini walaupun dengan kuasa yang terbatas. Kadang kala, kidō yang digunakan adalah terlalu lemah sehingga tidak meninggalkan kesan kepada sasaran. Dalam babak Bount, dia mampu menggunakan kidō yang setahap dengan Renji (tetapi, hal ini mungkin kerana penggunaan gigai yang berlainan dalam situasi yang berbeza). Selepas peristiwa di Soul Society, kuasa Rukia hampir pulih. Dia juga sebenarnya cukup berkemahiran untuk menjawat sesuatu pangkat dan mampu membebaskan zanpakutōnya pada tahap pertama.
[sunting]Sode no Shirayuki
Nama zanpakutō Rukia ialah Sode no Shirayuki (袖の白雪 atau 袖白雪, Lengan Salji Putih). Pedang ini tidak bernama pada permulaan kisah kerana kuasa shinigaminya telah dipindahkan kepada Ichigo. Arahan untuk pembebasan tahap pertama ialah "menari" (舞え, mae). Rukia juga boleh membebaskan zanpakutōnya dengan arahan "putar".
Pada tahap pertama, Sode no Shirayuki didakwa sebagai salah satu zanpakutō yang paling cantik di Soul Society. Keseluruhan pedang tersebut berwarna putih termasuklah hulu dan bilah. Sode no Hirayuki mampu mengawal ais seperti Hyōrinmaru milik Hitsugaya Tōshirō tetapi berfungsi dengan cara yang berbeza.
Seperti Suzumushi milik Tōsen Kaname dan Benihime milik Urahara Kisuke, Sode no Hirayuki memiliki beberapa keupayaan. Dengan frasa "tarian pertama, bulan putih" (初の舞, 月白, some no mai, tsukishiro), Rukia boleh mencipta satu bulatan di sekitar sasarannya dan membekukan segala-gala yang berada di dalam bulatan tersebut daripada di atas tanah hingga ke langit. Dengan arahan "tarian seterusnya, riak putih" (次の舞, 白漣, tsugi no mai, hakuren), Rukia boleh mengawal arah serangan versi pertama; satu ombak ais yang besar boleh ditembak dari bilah Sode no Hirayuki.
Inoue Orihime
| Inoue Orihime | |
|---|---|
| Watak Bleach | |
Inoue Orihime dalam pakaian shinigami. | |
| Ciptaan | Tite Kubo |
| Suara oleh | Yuki Matsuoka (Bahasa Jepun) Stephanie Sheh (Bahasa Inggeris) |
| Profil | |
| Umur | 15-16 (sekarang) |
| Jantina | Perempuan |
| Spesies | Manusia |
| Tarikh lahir | 3 September[1] |
| Pekerjaan | Pelajar sekolah menengah |
| Saudara mara terkenal | Inoue Sora (abang, meninggal dunia) |
| Senjata | Shun Shun Rikka |
Inoue Orihime (井上) ialah salah satu watak utama dalam manga dan siri anime Bleach. Dia ialah rakan sekelas dan sahabat Kurosaki Ichigo, protagonis bagi cerita ini. Seperti kawan-kawan Ichigo yang lain, dia telah membangkitkan kuasa semangat sendiri setelah Ichigo menjadi shinigami.
Orihime mempunyai rambut panjang yang berwarna jingga keperangan. Dia sentiasa mengenakan pin rambut dan rambut bahagian hadapan disisirkan ke belakang telinganya. Dia tidak pernah menanggalkan pin rambutnya kerana pin tersebut merupakan pemberian arwah abangnya. Dia menyimpan rambut panjang sebagai tanda penghormatan kepada Arisawa Tatsuki yang berjanji untuk melindungi Orihime. Dia juga mempunyai kepala yang agak keras dan pernah mencederakan Ishida, Chad dan Ichigo. Mata Orihime berwarna perang dalam manga berwarna tetapi berwarna biru-kelabu dalam siri anime. Payudaranya juga agak besar pula sentiasa menjadi sasaran kenakalan Kon (selalunya tidak berjaya).[sunting]Watak dan Perwatakan
Orihime adalah seorang yang mesra, sensitif dan murah hati. Dia dipaparkan sebagai seorang yang naif dan lembab walhal markah peperiksaannya di sekolah sentiasa tinggi. Yang pasti, dia tidak tahu apa-apa tentang teknologi. Salah seorang daripada ahli Kelab Kraftangan mengatakan bahawa Orihime tidak cukup bijak untuk menggunakan telefon bimbit. Maka, dia tidak mempunyai sebuah telefon bimbit. Dia juga sering belajar seni mempertahankan diri daripada Tatsuki. Oleh itu, Orihime boleh berlawan secara fizikal seperti pemegang tali pinggang hitam tahap pertama dalam karate.
Orihime suka memasak dan makan makanan yang pelik di rumah walaupun dia juga menggemari makanan normal. Hanya Matsumoto Rangiku dan kemungkinan juga Tsukabishi Tessaiyang berkongsi selera makan yang sama dengan Orihime. Makanan kegemarannya ialah keju dan mentega dan dia suka melepa keledek dengan mentega. Dia terpaksa berpindah rumah di pertengahan manga kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui dan menetap di sebuah hotel.
Orihime cenderung untuk masuk campur dalam sesuatu situasi tanpa berfikir dahulu dan kadang kala tindakan ini mengaibkan diri sendiri. Seorang rakan perempuan pernah bertanya kepada Rukia jika dia menyukai Ichigo secara diam-diam. Orihime berasa kecewa apabila Rukia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Ichigo (tidak seperti dirinya) kerana jika Rukia benar-benar mencintai Ichigo, maka dua orang gadis akan merebutkan seorang lelaki (dan jelas sekali, pemikiran sedemikian langsung tidak masuk akal). Dia juga kuat berimaginasi dan suka memikirkan senario yang luar biasa (dia pernah membayangkan dirinya sebagai robot pemusnah yang hebat apabila diminta untuk menghantar lukisan yang bertemakan "Diri Saya Di masa Hadapan").
Orihime mudah mendalami jiwa seseorang terutamanya Ichigo. Dia sebenarnya mencintai Ichigo dan dalam manga serta anime, perasaan ini kian kukuh apabila masa berlalu. Dia telah meluahkan perasaan ini kepada Matsumoto Rangiku dan Ichigo sendiri ketika dia sedang tidur. Orihime juga berupaya mengesan lokasi Ichigo dengan menjejaki bau dan kuasa semangatnya walaupun kedua-dua perkara ini telah diselindung oleh vizard.
Peranannya semakin berkembang dalam manga. Watak Orihime juga menjadi lebih rumit. Pada permulaan cerita, dia dipaparkan sebagai seorang yang ceria dan riang. Dalam babak manga terkini, jiwanya bergelora dengan konflik dalaman dan anggapan bahawa dirinya hanyalah satu beban.
[sunting]Sekolah
Orihime mendapat tempat ketiga dalam peperiksaan selepas Ishida Uryū dan Kunieda Ryō. Walaupun cerdik, Orihime nampaknya tidak berapa bijak dalam menangani urusan dan kehidupan harian. Dia menganggotai Kelab Kraftangan bersama-sama dengan Ishida dan suka mencipta permainan yang ganjil dengan Tatsuki (seperti "baseccer"; gabungan bola lisut (baseball) dengan bola sepak (soccer) - mereka menggunakan pemukul bola lisut untuk memukul bola sepak). Seperti Chad dan Ishida, dia berada dalam kelas yang sama dengan Ichigo. Dia sentiasa menemani sahabat baik dan kawan sepermainan Ichigo, Tatsuki.
[sunting]Sejarah
Orihime tinggal sendirian di Bandar Karakura dan disara oleh saudara mara yang menetap di tempat lain. Sebelum itu, dia tinggal bersama-sama dengan arwah abangnya, Sora yang berumur 15 tahun lebih tua daripadanya. Sora dan Orihime dibesarkan oleh ayah yang pemabuk dan ibu yang berlaku curang. Kedua-dua ibu bapa mereka sentiasa bergaduh dan memukul anak-anak mereka untuk melepaskan geram. Adalah tidak diketahui jika mereka masih hidup.
Apabila Sora mencecah usia 18 tahun, dia melarikan diri dari rumah dengan Orihime dan berusaha untuk membesarkan adik perempuannya. Selama enam tahun, mereka hidup dengan harmoni walaupun Orihime sering dibuli di sekolah kerana rambut panjangnya. Pada suatu hari, Sora menghadiahi Orihime sepasang pin rambut. Tetapi, Orihime tidak mahu menggunakan aksesori tersebut kerana kelihatan keanak-anakan. Pada hari yang sama, Sora terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dan meninggal di Klinik Kurosaki. Sejak peristiwa itu, Orihime sentiasa memakai pin rambut tersebut. Setahun selepas kematian Sora, Orihime bertemu dengan Tatsuki yang mempertahankannya daripada kaki buli. Mereka berdua menjadi sahabat baik selepas peristiwa itu.
[sunting]Sinopsis
[sunting]Kisah awal
Orihime diperkenalkan sebagai kawan sekelas Ichigo yang menyukai Ichigo secara diam-diam walaupun dibantah oleh sahabat karibnya, Tatsuki. Pendedahan pertamanya kepada dunia paranormal berlaku apabila arwah abangnya, Inoue Sora menjadi hollow Acidwire. Berang, dia menyerang Orihime dan Tatsuki (yang diajak ke rumahnya untuk makan malam) dan memukul roh Orihime keluar daripada badannya. Dalam bentuk roh, dia menyaksikan pertarungan antara Ichigo dengan Sora. Ichigo mampu memenangi pertarungan itu tetapi perlawanan tersebut hanya berakhir apabila Orihime masuk campur. Sora menikam dirinya dengan zanpakutō Ichigo sekaligus membersihkan jiwanya, Orihime berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada Sora memandangkan dia tidak dapat berbuat demikian pada hari kematian abangnya.
Ingatan Tatsuki dan Orihime diubah oleh Kuchiki Rukia tetapi peristiwa tersebut telah membangkitkan kuasa semangat mereka berdua. Mereka sekali lagi dipengaruhi oleh kuasa semangat Ichigo apabila Ichigo membantu Don Kanonji menewaskan hollow dalam satu rancangan TV. Dia juga bersemuka dengan hollow apabila Ishida sengaja mengumpan hollow ke Bandar Karakura untuk bertarung dengan Ichigo. Hollow Numb Chandeliar menggunakan keupayaannya untuk mengawal beberapa pelajar lain dan memaksa mereka menyerang Orihime. Apabila Tatsuki cuba menghalangnya dan melindungi Orihime, dia berjaya dikawal oleh hollow tersebut pula. Apabila melihat mata Tatsuki bergenang, Orihime berkeputusan bahawa sudah tiba masanya untuknya melindungi Tatsuki. Hajat ini menukarkan pin rambutnya kepada enam roh berupa dewa dan dewi. Keenam-enam roh ini menggelar diri mereka sebagai "Shun Shun Rikka". Mereka menerangkan kuasa masing-masing kepada Orihime dan menggunakan kuasa tersebut untuk menewaskan hollow.
Selepas itu, Urahara Kisuke tiba di tempat kejadian dan membawanya serta Chad ke kedainya. Di sana, dia menerangkan kuasa baharu yang dipunyai mereka dan mengajak mereka menyaksikan pertarungan antara Ichigo dan Ishida dengan Menos Grande. Pada masa ini, Orihime mendedahkan bahawa walaupun Rukia telah mengubah memorinya semasa insiden kepulangan Sora sebagai hollow, dia tidak pernah melupakan peristiwa tersebut. Dia cuma tidak mahu mengingatinya kerana tidak sampai hati melihat Ichigo dan abangnya bertarung demi dirinya.
[sunting]Babak Soul Society
Selepas Rukia dibawa pulang ke Soul Society, Orihime berkeputusan untuk mengikuti Ichigo, Chad, Ishida dan Shihouin Yoruichi untuk menyelamatkan Rukia. Pada kebanyakan masa misi ini berlangsung, Orihime ditemani oleh Ishida. Mereka berdua lebih berhati-hati dan tidak banyak menarik perhatian daripada shinigami lain berbanding dengan yang lain yang terpaksa bertarung di hampir setiap jalan yang dilalui.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Soul Society, mereka bertarung dengan Ikkanzaka Jirōbō dari Bahagian ke-7 yang menjadikan Orihime sebagai sasaran kerana Ishida lebih handal dalam kombat. Namun, Ishida dapat menewaskannya dengan mudah. Orihime mendapat idea untuk mencuri sepasang pakaian seragam shinigami supaya tidak mudah dijumpai. Apabila dua orang shinigami dari Bahagian ke-12 muncul, Ishida masih teragak-agak untuk menyerang mereka. Jadi, dia hanya menyaksikan Orihime membelasah dan memengsankan mereka berdua seorang diri. Orihime kemudiannya menjelaskan bahawa Tatsuki banyak melatihnya seni mempertahankan diri. Jadi, dia dapat berlawan seperti pemegang tali pinggang hitam dalam karate. Tetapi, apabila mereka bersemuka dengan Kaptan Bahagian ke-12,Kurotsuchi Mayuri, Ishida memaksa shinigami Aramaki Makizō dari Bahagian ke-11 untuk membawa Orihime keluar dari medan pertarungan.
Selepas itu, dengan bantuan daripada Kaptan Bahagian ke-11, Zaraki Kenpachi dan leftenannya Kusajishi Yachiru, Orihime dapat berjumpa semula dengan Chad, Ishida dan Shiba Ganju. Mereka berjaya menyelamatkan Rukia tetapi gagal menghalang Aizen Sōsuke, dalang bagi segala kejadian yang berlaku di Soul Society daripada bertolak ke Hueco Mundo.
[sunting]Babak Bount
Dalam anime, Orihime pulang ke sekolah dan mula berbual-bual dengan Arisawa Tatsuki. Pada pagi itu, Abarai Renji muncul di perkarangan sekolah dalam bentuk gigai dan melaungkan nama Ichigo (Ichigo berlari keluar dari kelas untuk mendiamkan Renji). Lewat petang kemudian, Orihime didatangi oleh roh arwah abangnya yang memberitahunya bahawa dia kini berada di Soul Society dan tidak akan menjadi hollow lagi. Sementara itu, telefon bimbit Renji mengesan sumber kuasa semangat di sekitar rumah Orihime dan memaklumkan Ichigo tentang berita ini. Chad dan Ishida turut merasai kuasa tersebut. Di rumah Orihime, abangnya mula berkelakuan pelik dan mencadangkan mereka berdua keluar dari rumah sebentar. Apabila Renji, Ichigo, Chad dan Ishida tiba di tempat kejadian, sebuah pintu gergasi (seakan-akan gerbang Neraka) terapung-apung di luar rumah Orihime. Dia kemudiannya disedut masuk ke dalam pintu sementara tiga lembaga berdiri di atas bumbung rumah sambil bergelak ketawa. Keesokan harinya, semua orang, termasuklah Tatsuki tidak mempunyai sebarang ingatan tentang kewujudan Orihime.
Lembaga yang muncul pada malam semalam mengajak Ichigo dan rakan-rakan untuk bermain satu permainan jika mereka mahu mendapatkan Orihime semula. Tetapi, mereka menculik Chad pula dan tidak memulangkan Orihime. Salah seorang daripada tiga lembaga tersebut menyamar sebagai Orihime dan kemudiannya mendedahkan rupa sebenarnya; seorang lelaki tinggi lampai dengan misai, kaca mata dan topi tinggi bernama Kuroud. Seorang remaja kurus dengan penutup muka berzip turut muncul - namanya ialah Nova. Akhir sekali, datang seorang budak perempuan yang menelefon Ichigo. Namanya Ririn. Chad disedut ke dalam pintu besar dan mengurangkan bilangan ahli kumpulan Ichigo kepada tiga.
Selepas beberapa siri permainan, identiti tiga orang yang dikenali itu dibongkarkan sebagai roh modifikasi yang berada dalam bentuk gigai. Mereka memulangkan Orihime dan Chad tetapi mendedahkan bahawa salah seorang daripada lima sahabat itu adalah palsu. Permainan yang seterusnya mengkehendaki mereka mengenal pasti si palsu itu sebelum tamatnya waktu persekolahan atau rakan-rakan sekolahnya akan "menghilangkan diri". Setelah itu, Chad telah diketahui sebagai yang palsu. Dugaan terakhir adalah satu misi untuk menyelamatkan Chad. Ichigo kemudiannya menyedari bahawa Urahara telah merancang kesemua permainan ini.
Sebentar kemudian, Urahara mengatakan bahawa Ishida telah kehilangan kuasa Quincynya. Yoruichi muncul dan memberitahu mereka bahawa Bount telah muncul semula. Urahara menerangkan asal usul Bount kepada kumpulan Ichigo dan kerana mereka mempunyai kuasa semangat yang tinggi, mereka mungkin akan menjadi sasaran Bount yang seterusnya. Tiga roh modifikasi tersebut sebenarnya mengandungi alat pengesan Bount di dalam tubuh mereka. Jadi, dia mengarahkan Orihime untuk mengambil Kuroud dan di rumah, pil roh modifikasinya dimasukkan ke dalam sebuah beg arnab. Semasa dia memuji kecomelannya, Kon, Chad dan Nova (dalam bentuk patung kura-kura) muncul. Semasa berbual-bual, Nova dan Kuroud mengesan kehadiran Bount dan bergegas ke sana untuk menghalangnya menyerap roh manusia. Mereka terlewat dan berhadapan dengan Bount Utagawa Ryō yang kemudiannya meninggalkan tempat kejadian. Mereka juga merasai bahawa Ichigo sedang diancam bahaya dan berkejar ke lokasinya hanya untuk mendapati Utagawa Ryō melarikan Sōma Yoshino. Orihime sedar bahawa Kuchiki Rukia telah tiba di dunia manusia dan mengajaknya mencuba makanan di sebuah restoran sementara Ichigo dan Chad melihat kerenah mereka dengan hairan.
Selepas menerangkan kejadian sebenar kepada Rukia, mereka pulang ke rumah Ichigo dan mula bercakap. Tetapi, Renji tiba-tiba memecah masuk ke dalam bilik Ichigo. Orihime meneruskan usaha membantu Ichigo dan berlawan dengan Bount untuk menyelamatkan Ishida yang ingin diculik oleh Bount kerana nilainya sebagai Quincy. Orihime kemudiannya terpaksa bertarung dengan Rukia yang dirasuk oleh doll Mabashi, Ritz. Walaupun tidak sampai hati untuk mencederakan Rukia dan Bount tersebut, keupayaan Rukia untuk menguasai dirinya buat beberapa ketika memberi harapan kepada Orihime untuk menyelamatkan Rukia.
Orihime menemani Ichigo dan rakan-rakan ke Soul Society selepas Bount bertolak ke sana untuk membalas dendam atas penciptaan mereka. Di sana, kumpulan Ichigo terpaksa berpisah untuk mencari Bount di Rukongai. Dalam proses itu, Orihime menjumpai Ichigo. Sementara mereka membuat deduksi tentang lokasi Bount, mereka mengesan bahawa Rukia berada dalam bahaya. Mereka ingin membantu Rukia tetapi tiba di sana selepas pertarungan selesai; Kuchiki Byakuya telah menyelamatkan Rukia dan membawanya ke rumah Keluarga Kuchiki. Di sana, Ichigo dan Orihime diberitahu bahawa nyawa Rukia tidak terancam.
Selepas itu, kumpulan Ichigo mendapat maklumat tentang kedudukan Bount. Maka, mereka sekali lagi berpecah. Kali ini, Ichigo dan Ishida mengesan Kariya Jin yang sedang bertarung dengan Byakuya. Orihime dan Chad muncul semula apabila Ichinose Maki cuba menghalang kumpulan tersebut (sekarang mengandungi Hitsugaya Tōshirō, Abarai Renji dan Matsumoto Rangiku). Ichinose cuba membunuh semua orang di sana tetapi Zaraki Kenpachi tiba di tempat kejadian dan menghalang tindakan Ichinose. Mereka pulang ke Seireitei dan mendapati pengawal pintu Jidanbō cedera selepas dikalahkan oleh Bount. Orihime berkeputusan untuk tinggal di Rukongai agar dapat merawat luka Jidanbō. Beberapa lama kemudian, Orihime bertemu semula dengan rakan-rakannya dan menyembuhkan kecederaan Ishida dan Chad.
[sunting]Babak Arrancar
Kepulangan kumpulan Ichigo ke alam nyata turut menandakan bermulanya semester baru persekolahan. Tetapi, kemunculan pelajar baru Hirako Shinji telah membawa beberapa siri masalah. Setelah mendapati perubahan sikap Ichigo secara tiba-tiba, Orihime dan Chad berhadapan dengan Shinji selepas mendengar perbualannya dengan Sarugaki Hiyori. Sebelum mereka sempat mengetahui apa-apa, Hiyori dibawa pergi oleh Shinji.
Tidak lama kemudian, dunia manusia diceroboh oleh dua orang arrancar, Ulquiorra dan Yammy. Orihime dan Chad berjaya menyelamatkan Tatsuki yang berada di tempat kejadian apabila arrancar tersebut menjejakkan kaki ke alam nyata. Ichigo turut tiba di sana tetapi tidak dapat bergerak apabila hollow dalamannya cuba mengambil alih minda dan tubuhnya. Ichigo, Chad dan Orihime dicederakan dengan serius oleh Yammy dan roh Orihime yang mempunyai kuasa pemusnahan, Tsubaki, musnah sepenuhnya. Mereka diselamatkan oleh Yoruichi dan Urahara.
Kejadian ini menyebabkan Soul Society mengerahkan sekumpulan shingami untuk mempertahankan dunia manusia. Rukia adalah salah seorang daripada pasukan tersebut. Kepulangan Rukia berjaya membangkitkan semangat Ichigo (yang sedang kemurungan) tetapi menyebabkan Orihime berasa cemburu dan bersyukur pada masa yang sama. Selepas meluahkan perasaannya kepada Matsumoto Rangiku (yang sedang menumpang di rumah Orihime), dia menjadi positif semula dan berazam untuk menjadi lebih kuat.
Selepas serangan kedua di dunia manusia oleh Grimjjow Jaggerjack dan lima arrancar lain, Soul Society akhirnya menyedari muslihat sebenar Aizen Sōsuke dan meminta Orihime menyampaikan sesuatu informasi kepada rakannya. Dia dapat menjejaki Ichigo yang sedang berada di ibu pejabat vizard dan menembusi benteng penghadang vizard tanpa banyak masalah. Hal ini mengejutkan Ushōda Hachigen yang mencipta benteng tersebut.
Orihime kemudiannya diminta untuk pergi ke kedai Urahara. Di sana, dia diarahkan untuk tidak melibatkan diri dalam apa-apa pertarungan. Sebahagian daripada tujuan ini adalah kelemahan kemahiran kombat Orihime, tetapi objektif sebenar Urahara adalah menghalang kuasa Orihime daripada menarik perhatian Aizen. Orihime yang tidak bersemangat menjadi lebih berkeyakinan setelah bercakap dengan Rukia. Tambahan pula, Tsubaki dipulihkan semula oleh Hachigen. Dia dan Rukia bertolak ke Soul Society untuk berlatih bersama-sama.
Malangnya, kebolehan Orihime telah berjaya menarik perhatian Aizen. Selepas melihat klip video yang dibawa pulang oleh Ulquiorra, dia berhasrat untuk menangkap Orihime. Rancangannya berjaya; Ulquiorra menculik Orihime semasa dia sedang bergerak menerusi terowong. Orihime terpaksa mengikuti arrancar tersebut setelah diugut dengan keselamatan rakan-rakannya.
Orihime diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang dan menggunakan masa ini untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Ichigo. Dia juga cuba mencium Ichigo yang sedang tidur. Sebelum dia meninggalkan dunia manusia, Orihime meninggalkan beberapa nota yang tidak mengandungi maksud tertentu dalam sebuah buku catatan.
[sunting]Babak Hueco Mundo
Apabila Orihime tiba di Las Noches, kubu pertahanan arrancar, Orihime diarahkan oleh Aizen untuk mendemonstrasi kuasanya kepada arrancar lain dengan memulihkan tangan Grimmjow. Selepas itu, Grimmjow meminta Orihime memulihkan tattoo nombor enamnya yang memberi signifikasi bahawa dia masih merupakan seorang Espada. Grimmjow kemudiannya membunuh Luppi untuk mendapatkan jawatannya semula.
Orihime diberikan sebuah bilik yang biasa sementara Ichigo, Ishida dan Chad berusaha untuk menyelamatkannya. Dia juga menerima pakaian baru yang kelihatan seperti seragam arrancar dan dimaklumkan oleh Ulquiorra bahawa Ichigo dan rakannya (kini melibatkan Rukia, Renji dan tiga hollow "baik") sedang cuba menyelamatkannya. Orihime juga nampaknya telah berpihak kepada Aizen. Dia diarahkan oleh Aizen untuk memabaiki Sfera Pembiasan yang telah rosak (digunakan secara keterlaluan untuk menukarkan banyak hollow kepada arrancar) dengan membalikkan masa dan memulangkan Sfera tersebut kepada keadaan asal iaitu sebelum digunakan oleh Aizen. Tetapi, sebenarnya Orihime merancang untuk memusnahkan Sfera tersebut dengan menghapuskan terus kewujudannya.
Apabila kumpulan Ichigo berpecah di Las Noches, dia mengesan kekalahan Chad kepada Noitora. Ulquoirra turut tiba di biliknya dan cuba menasihatinya untuk makan. Orihime pula berkeras mengatakan bahawa Chad masih hidup. Geram, Ulquoirra memberitahunya bahawa kesemua sahabatnya akan ditewaskan dan hanya si bodoh sahaja yang akan datang ke Hueco Mundo tanpa menyedari kekuatan diri. Orihime menampar Ulquoirra yang meninggalkan bilik Orihime apabila dia mula menangis.
Seketika selepas Ulquoirra meninggalkanya, datang dua gadis Arrancar, Lolly dan Menoly lalu memukul Orihime kerana merasakan cemburu terhadap tindakan Aizen yang memberi layanan istimewa kepada Orihime. Orihime yang dipukul oleh mereka masih mampu memberikan pandangan bersahaja malah tidak melawan. Kemudian datang pula Grimmjow yang mempersoalkan tindakan Lolly dan Menoly yang curi masuk ke bilik Orihime ketika Ulquoirra tiada. Grimmjow kemudiannya membunuh Menoly dan mematahkan kaki Lolly sebagai "membayar" hutang Orihime kerana menyembuhkan tanganya. Grimmjow kemudiannya membawa Orihime ketempat dimana Ichigo sedang terbujur kaku. Sebelum dibawa pergi, Orihime telah mengembalikan kaki Lolly malah nyawa Menoly yang menyebabkan dia di anggap raksasa oleh mereka berdua.
Ditempat Ichigo, Nell menangis sambil memberitahu Orihime bagaimana Ichigo menentang Ulquoirra sebelum Grimmjow mangarahkan Nell untuk diam. Sedang Orihime menyembuhkan Ichigo, datang lagi Ulquoirra yang mempersoalkan tindakan Grimmjow. Berlaku satu perkelahian antara mereka berdua yang menyebabkan Ulquoirra dikurung di dimensi lain buat sementara tetapi turut mencederakan tangan Grimmjow.
Grimmjow mengarahkan Orihime untuk cepat memandangkan kuasa Ulquoirra mampu membuka kembali kurungan itu dalam beberapa jam. Orihime membantah kerana Grimmjow pasti akan mencederakan Ichigo lagi selepas dia menyembuhkannya. Namun sebaliknya Ichigo meminta Orihime untuk menyembuhkannya beserta tangan Grimmjow kerana dia ingin mereka bertarung secara adil.
Pertarungan tercetus dan Ichigo menggunakan kuasa Vaizard yang menyebabkan Orihime bagai ketakutan kerana teringatkan abangnya. Dalam satu situasi yang menghimpit Ichigo, Nell telah meminta Orihime agar memberi galakan kepada Ichigo dan menjelaskan Ichigo datang ke Hueco Mundo demi dirinya dan menggunakan kuasa tersebut juga demi dirinya. Orihime yang sedar mula memberikan galakan dan mengatakan yang dia hanya mahu Ichigo terus hidup dan tidak kisah jika dia kalah. Ichigo yang seolah-olah mendapat semangat baru akhirnya berjaya mengalahkan Grimmjow.
[sunting]Kuasa
Kuasa Orihime dikenali sebagai Shun Shun Rikka (盾舜六花, Enam Kuntum Perisai Bunga Raya) dan kelihatan seperti enam roh dewa-dewi yang tinggal di dalam pin rambutnya (berbentuk bunga dengan enam kelopak; setiap roh diberi dua kelopak pada pin) apabila tidak aktif. Dengan kombinasi roh yang berlainan, Orihime dapat menggunakan kuasa untuk menafikan nasib dengan menolak atau membalikkan masa. Kuasanya dapat digunakan untuk menyerang, mempertahankan atau merawat. Mood Orihime akan mempengaruhi kekuatan kuasanya secara langsung. Kebimbangan dan syak wasangka akan melemahkan kuasanya manakala keyakinan akan bertindak sebaliknya. Pada tahap maksimum, kuasanya seakan-akan seorang dewi dari segi kekuatan.
Kuasa Orihime mula dibangkitkan semasa pertarungan antara Ichigo dengan Ishida semasa cuba melindungi kawannya Tatsuki daripada hollow Numb Chandelier. Dia dilatih untuk menggunakan kuasanya oleh Shihouin Yoruichi sebelum bertolak ke Soul Society untuk menyelamatkan Kuchiki Rukia. Selain itu, kuasa semangat Orihime seakan-akan milik seorang vizard dan mempunyai kuasa seperti vizard Ushōda Hachigen. Biasanya, Orihime memainkan peranan dalam merawat kecederaan kerana keupayaannya untuk berbuat demikian. Walaupun kuasanya cukup tinggi untuk membunuh seseorang, Orihime hanya akan berlaku begitu untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Roh dewa-dewi Orihime mempunyai pelbagai bentuk dan personaliti dan setiap roh diberi nama sejenis bunga:
- Ayame (あやめ, iris)
- Baigon (梅巌, kuntum ume)
- Hinagiku (火無菊, bunga daisy)
- Lily (リリィ)
- Shun'ō (舜桜, althea + sakura)
- Tsubaki (椿鬼, camelia)
[sunting]Teknik
Teknik Orihime merangkumi jampi-jampi memanipulasi Shun Shun Rika dalam tiga kumpulan. Pada mulanya, Orihime perlu membaca jampi untuk menggunakan kuasanya tetapi setelah menerima latihan, dia tidak perlu lagi menggunakan jampi. Jampi-jampi yang digunakan biasanya melibatkan pembacaan nama ahli Shun Shun Rikka yang digunakan dan diikuti dengan nama teknik serta "Saya menolak" ( (私は拒絶する, watashi wa kyozetsu suru) bertepatan dengan konsep serangannya.
Santen Kesshun (三天結盾, Perisai Rahmat Tiga Rantaian) merupakan teknik pertahanan Orihime. Jampi yang digunakan akan menyusun Hinagiku, Lily dan Baigon untuk membentuk satu segi tiga bagi mencipta perisai untuk menghadang segala objek dari arah yang bertentangan. Oleh sebab penghadang ini menafikan segala kejadian negatif, teknik ini juga bertindak sebagai beg udara yang membenarkan Orihime atau sesiapa sahaja di sekitar untuk mendarat dengan selamatnya setelah terjun dari apa-apa ketinggian.
Sōten Kisshun (双天帰盾, Perisai Rahmat Kepulangan Berkembar ) ialah teknik penyembuhan Orihime . Jampi yang digunakan akan menyeru Ayame dan Shun'ō untuk membentuk satu perisai separuh bulatan lonjong di sekitar sesiapa atau sesuatu sebagaimana yang dikehendaki oleh Orihime. Semasa aktif, perisai ini akan menolak segala kejadian negatif yang telah berlaku kepada objek di dalam perisai. Tidak kira seteruk mana kerosakan yang berlaku kepada objek tersebut, perisai ini mampu memulihkannya kepada bentuk asal seolah-olah ia masih baru dan tidak pernah dirosakkan. Aspek inilah yang menarik perhatian Aizen kerana mengikut kata-kata Aizen, kebolehan ini "melangkaui kebolehan Tuhan".
Koten Zanshun (孤天斬盾, Perisai Pemotong Rahmat Sendirian) merupakan teknik pemusnahan Orihime. Jampi yang digunakan akan menyeru Tsubaki dan dia akan membentuk satu perisai pada kedua-dua belah tubuhnya. Dengan terbang ke arah musuh, perisai ini boleh menolak apa-apa sahaja di sebalik permukaan perisai. Dengan lain kata, perisai ini mampu menembusi musuh seperti sebilah pedang. Tsubaki boleh menembusi apa-apa sahaja secara fizikal tetapi oleh sebab sikap Orihime yang tidak suka akan pertarungan dan sering teragak-agak untuk menggunakan kuasa pemusnahan, kuasa Tsubaki turut berkurangan menjadikannys lebih mudah untuk dielak dan dicederakan.
Sado "Chad" Yasutora
| Sado Yasutora | |
|---|---|
| Watak Bleach | |
Chad seperti yang dilihat dalam tema pembukaBleach. | |
| Ciptaan | Tite Kubo |
| Suara oleh | Hiroki Yasumoto (Bahasa Jepun) Marc Worden (Bahasa Inggeris) |
| Profil | |
| Nama gelaran | Chad |
| Jantina | Lelaki |
| Spesies | Manusia |
| Tarikh lahir | 7 April[1] |
| Pekerjaan | Pelajar sekolah menengah |
| Senjata | Brazo Derecha de Gigante Brazo Izquierda del Diablo |
Sado Yasutora (茶渡 泰虎) adalah salah seorang watak utama dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan rakan sekelasKurosaki Ichigo. Oleh sebab Ichigo membaca tanda nama Sado sebagai Chad, sehingga kini Ichigo masih memanggilnya dengan nama tersebut.
Chad ialah remaja berketurunan Jepun dan Mexico. Dia juga sangat tinggi dan kelihatan jauh lebih dewasa daripada umur sebenarnya. Chad mempunyai tatu pada bahu kirinya yang bertulis "Amore e Morte" (cinta dan kematian dalam Bahasa Itali) dan terdiri daripada seekor ular dan satu malaikat bersayap yang berada di sekitar bentuk hati. Dalam siri, dia selalu dilihat memakai pakaian seragamnya atau kemeja T. Pernah juga dia dilihat mengenakan baju gelap berlengan panjang bercorakkan bunga mawar di lengan kirinya. Bunga mawar itu mungkin dipakai sebagai tanda penghormatan kepada arwah datuknya kerana nama datuknya ialah Oscar Joaquin de la Rosa dan "de la Rosa" membawa makna "Mawar" dalam bahasa Spanish.[sunting]Watak dan Perwatakan
Chad pendiam orangnya dan kadang kala dibuli dan diketawakan kerana dia tidak pernah melawan semula kecuali dengan hollow dan shinigami apabila perlu. Tetapi, dia dilayan dengan baik oleh rakan-rakannya di Bandar Karakura (Ichigo, Keigo dan Mizuiro). Chad juga suka akan barangan yang comel seperti mainan kecil dan Kon. Malah, Chad merupakan antara watak yang melayan Kon dengan rasa hormat tetapi pada kebanyakan masanya, dia juga tidak mengendahkan Kon. Chad juga memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa. Sebelum dia membangunkan kuasa semangatnya, dia mampu menahan impak yang diakibatkan oleh palang besi yang jatuh dari tapak pembinaan, mendapat kecederaan kecil apabila berlanggar degan motosikal, mencabut tiang telefon untuk dihayunkan sebagai senjata dan melontar manusia yang berbadan kecil seperti Rukia ke langit.
Chad suka akan musik tetapi jarang menonton televisyen. Dia hanya suka menonton rancangan "Carnivore Kingdom" yang disiarkan pada pukul 8 pagi setiap hari Ahad. Dia juga telah membeli DVD bagi rancangan tersebut. Oleh sebab Kon ialah patung mainan bagi watak utama "Carnivore Kingdom", tidak hairanlah jika Chad mendapati Kon comel. Chad mempunyai sebuah gitar yang disimpan di dalam biliknya (ditunjukkan dalam episod 69 dan klip penamat kelapan). Gitar itu juga ditunjukkan dalam episod 9 selepas satu "latihan kumpulan" dan sebelum kemunculan satu arrancar yang belum sempurna. Makanan kegemaran Chad ialah tomato.
[sunting]Sejarah
Chad dilahirkan di Okinawa, jepun tetapi dibawa ke Mexico oleh ibu bapanya pada usia yang muda. Selepas kematian mereka, Chad dibesarkan oleh Oscar Joaquin de la Rosa yang dipercayai merupakan datuk Chad kerana dia memanggilnya "Abuelo" ("datuk" dalam bahasa Spanish). Pada usia mudanya, Chad amat buas dan menggunakan saiz badannya untuk menakutkan dan memukul mana-mana budak kecil yang membangkitkan kemarahannya. Abuelo cuba mendidik Chad untuk menjadi seorang yang penyayang tetapi tidak berjaya. Pada suatu hari, ayah kepada kanak-kanak yang dibulinya mencari Chad untuk menghukumnya. Mereka kemudiannya menyerang Chad. Abuelo berdiri di antara mereka dan menerima setiap pukulan tanpa berlawan. Selepas peristiwa itu, Chad berazam untuk menjadi seorang yang baik. Abuelo kemudiannya menghadiahkan sekeping syiling Mexico kepada Chad. Beberapa tahun kemudian, apabila Abuelo meninggal dunia, Chad berjanji tidak akan berlawan kecuali untuk mempertahankan seseorang walaupun nyawanya terancam. Syiling yang diterima itu menjadi lambang kepada janji yang dibuat dan mengikut kata-kata Chad, syiling itu lebih berharga daripada nyawanya. Beberapa lama kemudian, beberapa kaki buli mengugut untuk membuang syiling kepunyaan Chad. Ichigo menyelamatkan Chad daripada mereka dan membuat pakatan dengan Chad bahawa Ichigo akan berlawan demi Chad dan sebaliknya kerana Chad tidak akan berlawan untuk melindungi dirinya.
Setelah Abuelo meninggal dunia, Chad berkeputusan untuk pulang ke Jepun. Dia menghadiri Sekolah Tinggi Junior Mabashi. Oleh sebab dia sentiasa terlibat dengan gangster, dia turut dianggap sebagai seorang budak jalanan. Orang lain juga takut akan Chad apabila dia bersekolah di Sekolah Tinggi Karakura tetapi hal ini tidak kekal lama. Dia berjumpa dengan Ichigo sebelum sesi persekolahan bermula dan menyelamatkan Ichigo daripada beberapa orang kaki buli. Dia dan Ichigo tamat pengajian di Mabashi dan menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Karakura.
[sunting]Sinopsis
[sunting]Kisah awal
Chad diperkenalkan sebagai rakan sekelas Ichigo yang agak baik prestasinya dalam akademik (menduduki tempat ke-11). Beberapa hari selepas Ichigo menjadi shinigami, Chad memelihara seekor burung kakak tua yang disumpah (kesemua tuan terdahulu bagi burung ini telah mati dengan dahsyat). Sebaik sahaja dia membela burung ini, Chad dihempap oleh sebatang palang besi di tapak pembinaan, dilanggar oleh motorsikal dan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya (semuanya berlaku pada hari yang sama). Dia dirawat di Klinik Kurosaki. Di sana, Kuchiki Rukia serta Ichigo mendapati kesan tapak tangan hollow pada belakangnya. Hollow tersebut berhadapan dengan Rukia dan Chad. Mereka mencari jalan penyelesaian yang agak inovatif memandangkan Chad tidak boleh melihat hollow tersebut dan Rukia telah kehilangan kuasa shinigaminya. Burung peliharaan Chad memberitahu mereka bahawa ia bernama Shibata Yūichi, seorang budak lelaki yang telah membunuh pembunuh ibunya dengan tidak sengaja. Sebagai hollow, pembunuh bersiri itu ingin membalas dendam dan mengurung rohnya di dalam badan seekor burung kakak tua. Hollow itu kemudiannya mendakwa bahawa ia boleh menghidupkan kembali ibu Shibata. Ichigo menewaskan hollow tersebut yang kemudiannya dihantar ke Neraka kerana dosa yang telah dilakukan. Ichigo menjalankan upacara pengebumian roh untuk Shibata dan berharap agar dia boleh bertemu dengan ibunya di Soul Society. Chad berjanji bahawa jika dia dapat berjumpa dengan Shibata lagi, dia akan mendukungnya seperti mana yang dibuat oleh Chad terhadap Shibata si burung kakak tua beberapa hari sebelumnya.
Apabila Ishida Uryū menggunakan umpan hollow untuk membawa masuk sekumpulan hollow ke Bandar Karakura, Chad sengaja membawa hollow yang mengekorinya ke sebidang tanah lapang jauh dari pekan supaya hollow itu tidak dapat mencederakan orang awam. Di sana, dia menemui Kurosaki Karin dan kawan-kawannya. Karin yang boleh melihat hollow tersebut dengan jelas membantu Chad menentang hollow. Tetapi, hollow itu berjaya melontar Chad ke tepi. Semasa pertarungan ini, kuasa semangat Chad berevolusi dan dia boleh melihat hollow dengan lebih jelas. Dia menyedari bahawa kekuatan yang dimilikinya harus digunakan untuk melindungi orang lain dan menumbuk tangan hollow tersebut. Tangan Chad kini diselubungi perisai dan dia menggunakannya untuk menghapuskan hollow. Chad rebah kerana keletihan dan dibawa pulang ke kedai Urahara oleh Urahara Kisuke. Di sana, dia menjumpai Orihime yang juga telah dibawa ke sana setelah menewaskan hollow. Mereka dibawa ke sebatang jambatan untuk menyaksikan pertarungan antara Ichigo dengan Menos Grandedan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan kuasa baharu mereka bagi membantu perjuangan Ichigo.
[sunting]Babak Soul Society
Selepas Rukia dibawa pulang ke Soul Society, Chad dan Inoue Orihime dilatih oleh Shihouin Yoruichi supaya dapat menggunakan kuasa mereka pada bila-bila masa. Selepas seminggu, Chad bertolak ke Soul Society bersama-sama dengan Orihime, Ishida, Yoruichi dan Ichigo. Di Rukongai, dia bertemu semula dengan Shibata yang belum lagi berjumpa dengan ibunya tetapi sedang tinggal bersama-sama dengan sebuah "keluarga" yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya.
Apabila kumpulan ini berpisah selepas mencerobohi Seireitei, Chad terpaksa bergerak sendirian. Dia hampir-hampir dapat berjumpa dengan Ichigo apabila Chad memusnahkan dinding dengan tangan kanannya. Namun demikian, tindakan ini membuka peluang kepada Ichigo untuk melarikan diri daripada shinigami Bahagian ke-11. Chad menewaskan mereka dengan satu serangan sahaja. Dia kemudiannya tiba di ibu pejabat Bahagian ke-8 dan mengalahkan Tempat Ketiga Enjōji Tatsufusa dengan satu pukulan. Dia meneruskan perjalanannya tetapi dihalang oleh Kyōraku Shunsui, kaptan Bahagian ke-8 dalam Gotei 13. Mereka berdua saling menasihati agar tidak masuk campur dalam urusan masing-masing. Chad akhirnya menembak beberapa siri tenaga semangat tetapi kesemuanya berjaya dielak atau dihadang oleh Shunsui. Chad yang berpegang teguh kepada janjinya kepada Ichigo iaitu dia akan berjuang demi sahabatnya mengumpulkan segala kuasa semangatnya ke dalam satu serangan dan ditujukan kepada Shunsui. Tetapi, Shunsui dengan mudahnya dapat mengelak serangan itu dan menikam Chad.
Chad dirawat oleh Bahagian ke-4 dan diletakkan di dalam sebuah bilik tahanan. Di sana, dia berjumpa dengan Shiba Ganju dan Ishida. Mereka dibebaskan oleh Zaraki Kenpachi dan bertemu dengan Orihime. Leftenan Kenpachi, Kusajishi Yachiru memimpin kumpulan itu ke Sōkyoku dan menyaksikan pertarungan antara Ichigo dengan Kuchiki Byakuya. Selepas Byakuya ditewaskan, mereka merawat kecederaan Ichigo. Mereka kemudiannya mempelajari bahawa segala kejadian yang berlaku di Soul Society sebenarnya telah dirancang olehAizen Sōsuke dan cuba menghalangnya tetapi gagal (Aizen sempat diselamatkan oleh hollow dan dibawa ke Hueco Mundo). Selepas itu, Ishida, Chad, Ichigo dan Orihime bertolak pulang ke dunia manusia.
[sunting]Babak Bount
Dalam anime, Chad pulang ke sekolah dan membantu Ichigo menewaskan roh modifikasi yang dicipta oleh Urahara. Dia pernah diculik bersama-sama dengan Orihime dan roh modifikasi Kuroud menyamar sebagai Chad di hadapan Ichigo. Ichigo kemudiannya berjaya mengenal pasti identiti Chad yang palsu. Chad yang sebenar pula telah diberitahu tentang rancangan Urahara dan berpakat dengannya sehinggalah Ichigo dapat mengetahui objektif dan kenyataan sebenar "permainan" tersebut.
Apabila peperangan dengan Bount bermula, Chad menjadi sebahagian daripada kumpulan Ichigo yang berusaha untuk menewaskan Bount. Dia mengambil roh modifikasi Nova sebagai pasangan dan bekerjasama untuk memusnahkan Bount. Dia berhadapan dengan Sawatari dan bekerjasama dengan Matsumoto Rangiku, Nova dan Tsumugiya Ururu untuk menewaskan Bount itu.
Selepas Bount menceroboh masuk ke dalam Soul Society, Chad berganding bahu dengan Ichigo untuk menentang Kariya Jin. Tetapi, pertarungan ini tidak lama kerana Kariya menyerap kuasa Jōkaishō dan mengugut akan memusnahkan Soul Society jika mereka berdua cuba berbuat apa-apa.
[sunting]Babak Arrancar
Selepas kepulangan Chad dari Soul Society, seorang pelajar baru, Hirako Shinji tiba di sekolah. Chad dan Orihime mengekori Shinji dan terdengar perbualannya dengan Sarugaki Hiyoritentang rancangan untuk meyakinkan Ichigo agar menganggotai organisasi vizard. Hiyori ingin membunuh mereka tetapi dibawa pergi oleh Shinji. Orihime ingin mengejar mereka tetapi dihalang oleh Chad yang sedar akan jurang kuasa mereka dengan dirinya serta Orihime.
Apabila pasangan arrancar Ulquiorra dan Yammy tiba di dunia sebenar, Chad dan Orihime cuba menghalang mereka sambil menyelamatkan orang awam di sekitar. Tetapi, tangan kanan Chad dicederakan dengan teruk oleh Yammy dan perlu dirawat selama beberapa hari oleh Ayame dan Shun'ō.
Sebaik sahaja lukanya sembuh, Chad ingin bertarung dengan arrancar di bawah pimpinan Grimmjow Jaggerjack tetapi hampir-hampir ditikam di jantung oleh D-Roy. Chad sedar bahawa dirinya tidak lagi berupaya untuk berlawan demi Ichigo dan meminta Urahara untuk melatihnya. Maka, dia berlatih dengan pasangan lawannya, Abarai Renji sehingga mampu menggunakan pembebasan tahap terakhir tangan kanannya.
[sunting]Babak Hueco Mundo
Apabila Orihime diculik oleh Aizen Sōsuke, Chad dan Ishida menawarkan diri untuk membantu Ichigo menyelamatkan Orihime. Ichigo teragak-agak untuk menerima jasa baik mereka dan Chad mendemonstrasi kuasa baharunya untuk meyakinkannya. Mereka bertiga bertolak ke Hueco Mundo. Di sana, Ishida dan Chad bertarung dengan dua orang arrancar, Iceringer dan Demōra dan meminta Ichigo untuk menyaksikan pertarungan ini. Chad menghadapi sedikit masalah dengan Iceringer dan bertukar lawan dengan Ishida. Dengan ini, dia dapat menewaskan Demōra yang kurang bijak dan lebih lambat pergerakannya dengan serangan baharunya, El Directo.
Dengan kekalahan arrancar, bilik tempat mereka berada mulai bergegar dan runtuh. Mereka terpaksa meninggalkan ruangan tersebut dan keluar dari istana Aizen. Mereka kemudiannya melihat padang jarak padang tekukur dengan beberapa hollow kecil berkelana di sana. Selepas menjelajah buat seketika, mereka menemui beberapa hollow "baik" dan menjadikan mereka sebagai rakan seperjuangan. Mereka kemudiannya disapa oleh Rukia dan Renji dan berpecah lagi setibanya di luar tembok Las Noches. Kumpulan ini mara ke ibu kota Aizen dan bersumpah akan berjumpa sesama sendiri hidup-hidup selepas ini.
Chad bertemu dengan Gantenbein Mosqueda, arrancar ke-107. Dia bertarung dengannya dan tidak mampu menguasai perlawanan tersebut. Tetapi, dengan penggunaan tanagn kanan yang baru (Tangan Kanan Gergasi), dia dapat meningkatkan ketangkasannya dan mampu menghadang serangan Gantenbein. Selepas Gantenbein membebaskan zanpakutōnya, Chad mendedahkan roh datuknya yang bersebati dengan tangan kanannya. Tindakan ini berjaya menyelamatkan Chad. Kuasa serangan ini sebenarnya berasal dari tangan kirinya yang juga dilindungi oleh perisai dan dikenali sebagai "Brazo Izquierda del Diablo" (Tangan Kiri Syaitan).
Chad kini lebih berkuasa daripada Gantenbein dan mampu menumbangkannya dengan satu serangan daripada tangan kirinya. Chad mengucapkan terima kasih kepada Gantenbein kerana membantunya membangunkan kuasa tangan kirinya dan mendoakan nasibnya. Chad juga mendapati bahawa terdapat juga langit yang terang seperti pada waktu pagi dan bukannya bilik gelap yang tidak mempunyai pengakhiran. Gantenbein menyuruh Chad melarikan diri tetapi mendapati Nnoitra berdiri di belakangnya dan sedang memegang sebilah zanpakutō berbentuk dua bulan sabit yang bersambung. Chad ingin bertarung dengan arrancar ini dan menumbuk Noitara. Noitara menghadang serangan itu dengan mudah dan membelah tangan berperisai Chad kepada dua. Kekalahan Chad dirasai oleh empat ahli pasukan Ichigo dan Orihime. Chad tidak dibunuh kerana Noitara percaya bahawa dengan membunuh orang yang lemah, dia tidak akan mendapat apa-apa penghormatan. Chad cuba menyerang sekali lagi tetapi serangannya dihentikan oleh orang bawahan Noitara, Tesla.
[sunting]Kuasa
Apabila diperkenalkan, Chad tidak mempunyai apa-apa kuasa istimewa selain daripada kekuatan fizikal dan ketahanan badan yang luar biasa. Selepas insiden dengan burung kakak tua Shibata Yūichi, dia dapat mengesan dan mengagak kedudukan roh dan hollow walaupun tidak boleh melihat mereka dengan jelas. Selepas menyelamatkan Kurosaki Karin daripada satu hollow dan pertarungan antara Ichigo dengan Ishida, barulah Chad dapat melihat roh dengan jelas.
Sebaik sahaja Chad dapat melihat roh, kuasa semangatnya juga dapat dibangunkan. Dia mempunyai tangan kanan berperisai yang bernama "Brazo Derecha de Gigante" (巨人の右腕, Tangan Kanan Gergasi). Perisai ini berwarna hitam dengan jaluran merah (warna yang digunakan pada pakaian seragam tentera Mexico). Perisai ini meningkatkan kuasa Chad dan membenarkannya menembak tenaga semangat dari penumbuknya. Selepas menerima latihan daripada Yoruichi, Chad belajar untuk menggunakan kuasa baharunya pada bila-bila masa dan meningkatkan staminanya agar dapat menembak beberapa kali.
Selepas menyedari betapa lemahnya kemahiran kombatnya (selepas peristiwa arrancar menceroboi Bandar Karakura), Chad meminta Urahara untuk melatihnya. Urahara meletakkanAbarai Renji sebagai pasangan latihannya (Renji diminta untuk menggunakan tahap terakhir Zabimaru). Urahara sedar bahawa kuasa Chad masih berpotensi untuk berkembang dan kuasanya tidak mirip kepada kuasa shinigami mahu pun Quincy. Selepas berlatih dengan Renji, Chad memperoleh tangan kanan berperisai yang lebih hebat. Tangan baharu ini mempunyai corak yang lebih rumit dan banyak meningkatkan kuasa serangannya. Chad juga mempelajari gaya serangan yang baharu iaitu "El Directo" (巨人の一撃).
Ketika di Hueco Mundo, kuasa Chad banyak dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya lantas mengehadkan keupayaannya. Kuasanya meningkat semula selepas Chad dibelasah olehGantenbein Mosqueda. Dengan ini, Chad sedar bahawa kuasanya mirip kuasa hollow dan bersesuaian dengan keadaan di Hueco Mundo. Dalam pertarungannya dengan Gantenbein, tangan kiri Chad dilindungi oleh perisai dan mempunyai kuasa yang tersendiri.
Tangan kanannya kini digunakan untuk mempertahankan dirinya. Chad mengatakan bahawa roh Abuelonya mengalir dalam tangan kanannya. Perisai itu berubah bentuk dan kelihatan seperti perisai dan mempunyai gigi hollow di tengah. Dia juga memperoleh sepasang onjek yang kelihatan seperti kepak yang tersembul dari bahunya.
Tangan kiri berperisai Chad digunakan untuk menyerang dan dikenali sebagai "Brazo Izquierda del Diablo" (悪魔の左腕, Tangan Kiri Syaitan). Tangan ini kelihatan seperti tangan kanan yang asal tetapi warnanya disongsangkan. Sejenis lembing tersembul dari dada kirinya dan sebatang lagi dari bahunya. Tangan kiri Chad dapat menggunakan serangan khas "La Muerte" (魔人の一撃, Kematian). Dia hanya perlu menumbuk pihak lawan dan satu tembakan tenaga semangat berbentuk tengkorak akan terhasil.
Urahara Kisuke
| Watak Bleach | |
|---|---|
| Urahara Kisuke | |
| Peranan | Pemilik Kedai Runcit Urahara; bekas kapten shinigami daripada Divisyen 12; penubuh dan bekas presiden Institusi Pengajian Shinigami |
| Tarikh lahir | 31 Disember |
| Ketinggian | 183 cm (6' 0") |
| Berat | 69 kg (152 lb) |
| Zanpakutō | Benihime |
| Seiyū | Shinichiro Miki |
| Pelakon suara latar | Michael Lindsay |
Urahara Kisuke (浦原 喜助) adalah salah satu daripada watak utama dalam manga dan siri anime Bleach. Dia menjalankan perniagaan di kedainya, Kedai Runcit Urahara yang menjual pelbagai item shinigami. Kedai ini diusahakan oleh dirinya, Tsumugiya Ururu, Hanakari Jintadan Tsukabishi Tessai.
Urahara Kisuke sentiasa memakai cepu kayu Jepun tradisional dan topi berbentuk baldi lantas menyebabkan dia digelar "cepu-topi" (ゲタ帽子, geta-bōshi). Dia adalah seorang yang riang dan ceria tetapi amat serius dalam situasi tertentu. Walaupun bersikap demikian, pertuturannya sentiasa sopan dan beradab. Yoruichi juga mengatakan bahawa Urahara boleh bersikap keterlaluan jika terlibat dalam sesuatu subjek yang dia minati. Dia pernah menggelar dirinya sebagai "usahawan yang jujur, tampan dan miang". Dalam babak Bount (anime sahaja), apabila Shiba Ganju memanggil Urahara "orang tua", Kisuke menjawab bahawa dia seusia dengan kakaknya, Shiba Kūkaku.[sunting]Watak dan Perwatakan
Urahara boleh didapati berada berhampiran dengan lokasi berlakunya peristiwa yang penting tetapi tidak pernah masuk campur dan suka mengawal keadaan di sebalik tirai. Selepas insiden itu tamat (misalnya pertarungan antara Kurosaki Ichigo dengan Abarai Renji), dia akan muncul dan membantu mana-mana pihak yang sesuai. Setakat ini, dia banyak berpihak kepada watak protagonis. Dia juga nampaknya lebih banyak mengetahui tentang sesuatu perkara walaupun tidak mendedahkan hakikat ini dan telah menjalin hubungan dengan kebanyakan watak dalam siri ini. Peranannya banyak menjana kesinambungan kisah ini tetapi Urahara selalunya bertindak sebagai mangkin dan membenarkan orang lain menjalankan tanggungjawab tertentu bagi pihaknya. Dia merupakan seorang pemain pedang yang handal dan berkemampuan menggunakan serangan hebat. Dia juga dapat berlawan pada tahap yang sama dengan arrancar kelas Espada. Dia suka membina tanah lapang yang luas di tempat-tempat tersembunyi untuk menjalani latihan. Lokasi sedemikian dibina buat pertama kali di Soul Society supaya dapat berlatih dengan Yoruichi dan kawasan yang kedua dibina di bawah kedainya (di alam nyata) untuk tujuan yang sama.
[sunting]Sejarah
Urahara Kisuke merupakan bekas kaptan Bahagian ke-12 dalam Gotei 13. Dialah yang mengasaskan dan menjadi presiden pertama bagi Institusi Penyelidikan Shinigami (kedua-dua jawatan kini diambil alih oleh Kurotsuchi Mayuri. Lebih kurang 100 tahun sebelum kisah sebenar Bleach bermula, Urahara telah dibuang dari Soul Society kerana mencipta Sfera Pembiasan dan gigai yang bukan sahaja tidak dapat dijejaki, malah menyebabkan kuasa semangat shinigami yang menggunakannya untuk berkurangan. Shihouin Yoruichi turut melarikan diri dari Soul Society bersama-sama dengan Urahara . Namun, sebab kepada tindakan Yoruichi belum lagi diketahui. Dia juga nampaknya berkenalan dengan Kurosaki Isshin, ayah Ichigo.
[sunting]Ciptaan
Sebagai pengasas kepada Institusi Penyelidikan Shinigami di Soul Society, Urahara telah mencipta beberapa item. Antaranya ialah:
- Gikongan (義魂丸) - Lebih dikenali sebagai "Soul Candy". Item ini berbentuk pil bulat berwarna hijau yang mengandungi roh tiruan. Apabila dimakan, roh tiruan ini akan beroperasi dalam tubuh pengguna mengikut program yang telah ditentukan. Namanya ditukarkan kepada Soul Candy kerana Organisasi Wanita Shinigami mengadu bahawa nama gikongan tidak comel.
- Tenshintai (転神体, Penukaran Tubuh Shinigami) - Item ini berbentuk seakan-akan manusia dan bersaiz seperti manusia biasa. Tenshintai digunakan untuk memaksa roh zanpakutō mengambil bentuk yang nyata apabila ditikam oleh zanpakutō. Dengan ini, penggunanya boleh berkomunikasi dengan roh dan mencapai pembebasan tahap terakhir zanpakutō. Proses ini cuma bertahan selama sehari dan selepas itu, roh akan berubah bentuk kepada tenshintai yang asal. Tanpa ciptaan ini, seseorang terpaksa meluangkan masa sebanyak 10 tahun dan beratus-ratus tahun untuk bertarung bagi mencapai pembebasan tahap terakhir. Kaedah ini amat bahaya kerana roh zanpakutō dipaksa untuk mengambil bentuk nyata. Jika digunakan lebih daripada tiga kali berturut-turut, penggunanya mungkin akan mati.
- Hōgyoku (崩玉, Sfera Pembiasan) - Item ini berbentuk sfera kecil yang mencairkan penghadang di antara shinigami dengan hollow. Sfera ini membolehkan shinigami menggunakan kuasa hollow dan sebaliknya. Seperti yang dikatakan oleh Aizen kepada Orihime, penggunaan Sfera Pembiasan secara berterusan akan melemahkannya.
- Beberapa versi gigai - Urahara telah banyak menjalankan kajian tentang gigai. Sehingga ini, dia telah mencipta sekurang-kurangnya dua jenis gigai. Jenis pertama ialah gigai yang tidak dapat dikesan yang akan menyerap kuasa semangat penggunanya, bukan memulihkannya dan lama kelamaan, shinigami itu akan menjadi manusia biasa. Jenis kedua ialah gigai yang boleh dikembangkan untuk digunakan dalam pertarungan sebagai samaran.
Sebagai tambahan, Urahara telah mencipta beberapa teknik sepanjang kerjayanya sebagai Kaptan Bahagian ke-12. Salah satunya adalah teknik menanam dan kemudiannya mengambil semula apa-apa sahaja dari roh seseorang tanpa mencederakannya. Kaedah ini digunakan oleh Aizen untuk mengambil Sfera Pembiasan daripada Rukia.
[sunting]Benihime
Zanpakutō Urahara Kisuke ialah Benihime (紅姫, Puteri Merah). Ia merupakan salah satu daripada zanpakutō wanita yang terdapat dalam siri ini. Pada kebiasaannya, Benihime disembunyikan di dalam tongkat Urahara. Hulunya dapat menolak roh daripada tubuhnya seperti sarung tangan Kuchiki Rukia. Arahan untuk membebaskan Benihime pada tahap pertama ialah "sedar" (起きろ, okiro).
Pada tahap pertama, bilah Benihime menjadi lebih luas dan hulunya melengkung serta dihiasi dengan reben merah dan hiasan lain. Benihime mempunyai dua kebolehan khas; satu untuk menyerang manakala satu lagi untuk tujuan pertahanan. Kedua-dua teknik ini digunakan dengan memberi arahan "tangis" (啼け, nake). Keupayaan pertahanan Benihime membentuk penghadang lonjong berwarna merah darah di hadapan Urahara. Penghadang ini agak berkuasa kerana mampu menghalang serangan getsuga tenshō Ichigo. Keupayaannya untuk menyerang pula mirip kebolehan Zangetsu Ichigo iaitu menembak tenaga semangat yang kuat ke arah pihak lawan. Tembakan ini seakan-akan tembakan cero. Dalam anime, tembakan ini bergerak selari dengan tanah. Urahara juga mampu menangkis tembakan cerodaripada arrancar Yammy dengan serangan Benihime.
Pembebasan tahap terakhir Benihime belum lagi didedahkan. Urahara memberitahu Abarai Renji bahawa pembebasan tahap terakhir zanpakutōnya tidak dapat melatih orang lain atau meminjamkan kuasa kepada mereka. Tetapi, hal ini mungkin alasan semata-mata supaya Urahara tidak perlu menggunakan tahap terakhir Benihime.
Ishida Uryū
| Ishida Uryū | |
|---|---|
| Watak Bleach | |
| Suara oleh | Noriaki Sugiyama (Bahasa Jepun) Takako Honda (Bahasa Jepun, kecil) Derek Stephen Prince (Bahasa Inggeris) |
| Profil | |
| Umur | 15-16 (sekarang) |
| Jantina | Lelaki |
| Spesies | Manusia (Quincy) |
| Tarikh lahir | 6 November[1] |
| Pekerjaan | Pelajar sekolah menengah, Quincy |
| Judul | Heir to the title "The last Quincy" |
| Saudara mara terkenal | Ishida Ryūken (bapa), Ishida Sōken(datuk, meninggal dunia) |
Ishida Uryū berambut hitam, memakai kaca mata (lalu digelar si empat mata oleh beberapa rakan sekelas) dan merupakan remaja dengan ketinggian biasa. Di sekolah, Ishida memakai seragam sekolah bersama-sama tali leher sementara di luar pula dia mengenakan pakaian putih Quincy dengan jaluran biru untuk melambangkan "Quincy cross".[sunting]Watak dan Perwatakan
Secara amnya, Ishida adalah seorang yang pemalu dan pendiam tetapi sentiasa berusaha untuk tampak hebat apabila berada dalam kalangan orang ramai. Sebagai contoh, ketika di Soul Society, dia memakai mantel yang tidak menyumbang kepada apa-apa kebaikan (malah mengehadkan pergerakannya) kerana artikel itu membolehkan Ishida kelihatan bergaya. Dia juga membawa mantel simpanan ke sana. Selain itu, dia cenderung untuk bercakap dengan dramatik.
Ishida menjalankan tugas berdasarkan etika moral yang dikenali sebagai "Maruah sebagai Quincy" dan berpegang teguh kepada keadilan. Dia juga sentiasa mempertahankan pihak wanita yang diancam oleh mana-mana lelaki. Sikap ini telah diperlihatkan beberapa kali dalam siri ini; dia cuba mempertahankan Kuchiki Rukia daripada Abarai Renji ketika dia dan Kuchiki Byakuya ke dunia manusia untuk memberkas Rukia. Dia juga sentiasa melindungi Inoue Orihime daripada ancaman dalam babak Soul Society.
Ishida tidak menghormati ayahnya, Ryūken. Dia memanggil ayahnya dengan nama dan tindakan ini dianggap amat biadab dalam komuniti Jepun. Tetapi, Ishida makan hati apabila Rukia mengatakan bahawa hospital Ishida (ayahnya merupakan pengarah terkini) sudah usang dan Renji berkata bahawa hospital tersebut hanya untuk diperagakan sahaja.
Ishida mempunyai tekanan darah rendah dan tidak suka berlengah-lengah. Perkara lain yang dibencinya juga agak pelik: butang (walaupun amat berkemahiran dalam kerja-kerja menjahit) dan perkataan "kacau-bilau". Makanan kegemarannya ialah stew miso makeral yang dimasak di rumah. Rancangan TV kegemarannya ialah "Bura-Rei" oleh Don Kanonji. Bayang-bayang yang melompat keluar dari sekumpulan penonton semasa Kanonji mula-mula diperkenalkan ialah Ishida.
[sunting]Sekolah
Di sekolah, Ishida menduduki tempat pertama dalam akademik. Bersesuaian dengan sikap Ichigo yang selalu salah membaca nama orang lain, dia membaca nama Uryū sebagai Ametatsu dan membuat andaian bahawa Ishida adalah seorang gadis (雨 boleh dibaca sebagai "ame" dan 竜 sebagai "tatsu" yang biasanya digunakan dalam nama perempuan).
Ishida juga menganggotai Kelab Kraftangan memandangkan dia amat berkemahiran dalam kerja-kerja menjahit. Dia juga nampaknya ialah ahli yang berskil tertinggi kerana ahli-ahli lain sering meminta bantuannya untuk membaiki barangan mereka. Ishidalah yang selalu membaiki Kon semula apabila tubuhnya koyak-rabak walaupun dia suka menambahkan aksesori tambahan yang tidak disukai Kon. Selepas dipukul oleh Kon, Ishida menjahitkan "Quincy cross" di belakang kepalanya sebagai balasan.
Ishida sentiasa dipulaukan di sekolah dan hampir tidak pernah berinteraksi dengan sesiapa. Dia menolak jemputan Ichigo untuk makan bersama-samanya tetapi bersetuju apabila orang lain akan membayar bilnya. Seperti watak-watak lain (Orihime dan Sado Yasutora, Ishida tinggal seorang diri.
[sunting]Sejarah
Sebagai remaja berumur 15 tahun, Ishida tidak mempunyai sejarah yang kaya dengan kisah-kisah menarik seperti watak-watak lain, terutamanya shinigami yang mempunyai jangka hayat panjang.
Sebagai kanak-kanak, Ishida banyak berinteraksi dan berlatih dengan datuknya, Ishida Sōken. Ayahnya, Ishida Ryūken tidak berapa berminat untuk menjadi seorang Quincy kerana berpendapat bahawa kerjaya itu tidak menguntungkan. Oleh itu, hubungan antara Ishida dengan ayahnya agak renggang. Sōken memahami pandangan Ryūken kerana seorang Quincy lebih mementingkan keadilan daripada ganjaran material dan Ryūken bertanggungjawab menyara keluarganya. Sōken memberitahu Ishida bahawa suatu masa nanti, dia akan memahami motif ayahnya tetapi sehingga kini, Ishida masih berlaku dingin terhadap ayahnya.
Pada usia yang muda, datuk Ishida dibunuh oleh hollow di hadapannya. Ishida yang menyaksikan peristiwa hitam itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk melindungi datuknya. Hal ini menjadi salah satu sebab kepada kebenciannya terhadap shinigami yang tidak menyelamatkan Sōken. Kemudiannya, Kaptan Bahagian ke-12 yang terkini menjelaskan bahawa dia mahu mengutip roh Sōken untuk dikaji, maka sengaja melengahkan shinigami lain untuk tiba di tempat kejadian.
[sunting]Sinopsis
[sunting]Kisah awal
Ishida diperkenalkan sebagai rakan sekelas Ichigo yang belum diketahui namanya. Beberapa hari selepas Ichigo menjadi shinigami, telefon bimbit Rukia mulai berdering untuk memberi amaran bahawa terdapat hollow di sekitar. Tetapi, apabila dia tiba di lokasi tersebut, tiada hollow dapat dikesan. Sebenarnya, Ishida telah menghapuskan hollow tersebut sebelum Ichigo sempat berkejar ke sana. Dia kemudiannya memperkenalkan dirinya kepada Ichigo secara formal selepas tiga atau empat deringan telefon bimbit yang "palsu" dan memaklumkan mereka tentang kebenciannya terhadap semua shinigami.
Ichigo mengekori Ishida keesokan harinya dan Ishida mencabarnya untuk melihat sama ada seorang Quincy atau shinigami mampu membunuh hollow dengan lebih banyak. Dengan menggunakan umpan hollow, beberapa hollow muncul di Bandar Karakura. Umpan tersebut berfungsi dengan lebih baik dan hollow muncul di alam nyata dalam angka yang lebih besar. Pertambahan bilangan hollow memaksa mereka berdua untuk bekerjasama. Satu Menos Grande turut muncul. Jelas sekali, Ichigo dan Ishida tidak berkemampuan untuk menewaskannya. Ishida kemudiannya mencuba satu kaedah pelik untuk meningkatkan kuasa busurnya: dengan mengikat pedang Ichigo di atas kepalanya, dia dapat menyerap kuasa semangat Ichigo. Ichigo menolak idea ini dan menyerang Menos tersebut sendirian. Dia berjaya menghalau Menos tersebut ke Hueco Mundo semula dengan membebaskan tenaga semangat dalam kuantiti yang besar. Tetapi, tubuhnya tidak dapat bertahan selepas kuasa semangat dilepaskan secara mendadak. Ishida menembak tenaga semangat Ichigo yang berlebihan dan bersumpah untuk menyelamatkan Ichigo supaya dia dapat menewaskannya suatu hari nanti. Dengan ini, Ishida memecahkan janjinya untuk membenci shinigami apabila dia menyelamatkan Ichigo.
[sunting]Babak Soul Society
Semasa Rukia bersemuka dengan Renji dan Byakuya yang ingin memberkasnya, Ishida cuba menyelamatkannya dan mereka satu alasan tentang membeli alatan menjahit pada malam-malam buta (dan kemudiannya mengakui bahawa beg yang dibimbitnya sebenarnya dibawa dari rumah). Tetapi, Ishida tidak dapat melindungi Rukia. Rukia bersetuju untuk pulang ke Soul Society apabila Ichigo cedera parah. Selepas dirawat oleh Urahara Kisuke, Ishida berkata bahawa hanya Ichigo yang dapat membawa Rukia pulang dengan selamatnya.
Sebelum bertolak ke Soul Society, Ishida berlatih bersendirian selama seminggu dengan menggunakan sarung tangan sanrei yang meningkatkan keupayaannya untuk membentuk dan menembak panah kuasa semangat. Selepas seminggu, Ishida bertolak ke Soul Society dengan Orihime, Chad, Shihouin Yoruichi dan Ichigo.
Apabila kumpulan mereka berpecah ketika cuba memasuki Seireitei, Ishida terpaksa berpasangan dengan Orihime. Mereka menggunakan bumbung bangunan sebagai jalan dan di sana, Orihime diserang oleh Ikkanzaka Jirōbō dari Bahagian ke-7. Jirōbō mencabar Ishida dengan nama "Kamaitachi" sebagai pertaruhan yang biasanya diberikan kepada pengguna senjata lontaran yang terunggul. Ishida dengan mudahnya menewaskan shinigami tersebut tetapi Jirōbō berpendapat bahawa dia masih dapat mengalahkan Orihime. Ishida dengan segera menyelamatkan Orihime dengan menembak dua titik pada Jirōbō yang bertanggungjawab menjana kuasa semangat sekaligus menyelamatkan Orihime dan menyebabkan Jirōbō tidak berupaya meneruskan kehidupan sebagai shinigami.
Ishida dan Orihime kemudiannya menyerang hendap dua orang shinigami dari Bahagian ke-12 dan mencuri pakaian mereka supaya tidak disyaki oleh shinigami lain semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tidak lama kemudian, mereka berselisih pula dengan Aramaki Makizō dari Bahagian ke-12 yang sedang mabuk tetapi sempat "diselamatkan" oleh shinigami lain dari Bahagian ke-12. Shinigami-shinigami yang baru tiba ke tempat kejadian sebenarnya berlaku demikian atas arahan kaptan mereka, Kurotsuchi Mayuri dan tanpa pengetahuan mereka, Mayuri berniat untuk menggunakan mereka sebagai bom manusia bagi memerangkap Ishida dan Orihime. Mayuri tertarik akan kuasa Orihime apabila Orihime melindungi dirinya, Ishida dan Aramaki daripada letupan yang berlaku. Ishida sedar bahawa pihak lawan mereka tidak sama dengan lawan yang terdahulu dan mengarahkan Aramaki untuk membawa Orihime beredar dari situ sementara dia berhadapan dengan Mayuri.
Pada mulanya, Ishida dapat bersaing pada tahap yang sama dengan Mayuri walaupun Mayuri dapat menjana semula anggota badan yang rosak dan menggunakan bahagian tubuh tertentu sebagai senjata. Dia kemudiannya menggunakan tahap pertama zanpakutōnya yang berkuasa untuk melumpuhkan pihak lawan. Dia juga menggunakan leftenannya, Kurotsuchi Nemu untuk mengunci pergerakan Ishida supaya dapat mencederakannya. Ishida naik berang apabila Mayuri tidak mengendahkan hidup mati leftenannya dan menendang Nemu apabila dia meminta bantuan perubatan. Mayuri kemudiannya mendedahkan bahawa dialah yang mencipta Nemu dan mengetawakan perasaan simpati Ishida sebagai prinsip "Maruah Quincy" yang tidak bermakna. Dia masih ingat tentang Quincy terakhir yang menjadi subjek uji kajinya; Quincy tersebut sentiasa memanggil nama pelajarnya dan menunjukkan gambar Quincy itu kepada Ishida. Gambar itu tidak lain dan tidak bukan memaparkan wajah datuknya. Ishida kini berazam untuk membalas dendam atas kematian datuknya dan menggunakanransōtengai untuk menggerakkan bahagian badan yang lumpuh. Selepas itu, dia menanggalkan sarung tangan sanrei. Tindakan ini menyebabkan kuasa semangatnya meningkat secara mendadak tetapi akan meninggalkan Ishida langsung tidak berkuasa sebentar lagi. Ishida dalam bentuk ini jauh lebih berkuasa daripada Mayuri tetapi dia masih gagal untuk membunuh shinigami tersebut. Selepas Mayuri menggunakan tahap terakhir zanpakutōnya untuk meracuni Ishida, Ishida menembaknya di bahagian dada menyebabkan Mayuri berubah kepada bentuk cecair dan berpeluang untuk melarikan diri.
Selepas itu, Nemu memberi Ishida penawar kepada racun Mayuri sebagai tanda terima kasih kerana tidak menembak pencipta dan ayahnya di bahagian kepala. Ishida menuju ke Tokong Kesedaran dan sedar bahawa dia telah kehilangan kuasa Quincynya seperti yang dikatakan oleh datuknya. Di sana, dia bertemu dengan Tōsen Kaname yang menggunakan tahap pertama zanpakutōnya untuk memengsankan Ishida. Ishida kemudiannya ditempatkan di dalam bilik tahanan Bahagian ke-4 dan berjumpa semula dengan Shiba Ganju dan Chad. Mereka dibebaskan oleh Zaraki Kenpachi dan bertemu dengan Orihime. Leftenan Kenpachi, Kusajishi Yachiru memimpin kumpulan mereka ke lokasi hukuman dan menyaksikan pertarungan antara Ichigo dengan Byakuya. Setelah Byakuya ditewaskan, mereka merawat kecederaan Ichigo. Mereka kemudiannya mempelajari bahawa segala peristiwa yang berlaku di Soul Society merupakan rancangan Aizen Sōsuke. Selepas Aizen bertolak ke Hueco Mundo, Ishida, Chad, Ichigo dan Orihime balik ke alam manusia. Apabila Ishida pulang ke rumahnya, dia mengingatkan Ichigo bahawa mereka masih merupakan musuh.
[sunting]Babak Bount
Dalam anime, Ishida tidak memberitahu Ichigo dan rakan-rakan bahawa dia telah kehilangan kuasa Quincynya. Mereka menyedari hakikat ini setelah menyelesaikan "permainan" Urahara dan dimaklumkan oleh Urahara sendiri.
Di sekolah, Ririn mengatakan bahawa seorang Bount berada berhampiran dan Ishida mengikuti kumpulan Ichigo ke sana walaupun Ichigo menasihatinya agar tidak terlalu memaksa diri. Mereka mendapati bahawa Utagawa Ryō hampir-hampir menyerap roh seorang wanita. Satu pertarungan kecil bermula dan Ishida telah diperangkap oleh Utagawa. Utagawa kemudiannya menyedari bahawa Ishida merupakan seorang Quincy dan ingin menyerangnya tetapi Ichigo menghalang serangannya. Utagawa mengugut akan mencederakan wanita tersebut jika sesiapa cuba bergerak. Ishida berkata bahawa pertarungan ini tidak patut melibatkan orang awam yang tidak berdosa dan menawarkan dirinya sebagai tebusan. Sebaik sahaja Ishida ditangkap oleh ularnya, ia memengsankannya dengan menghentam tubuhnya ke atas tanah. Sebelum Utagawa sempat membuat apa-apa lagi, Sōma Yoshino tiba di tempat kejadian dan membawa Ishida ke rumahnya.
Yoshino menceritakan kisah Bount kepada Ishida dan menjelaskan bahawa dia tidak akan mencederakan Ishida. Dia juga menyuruh Ishida agar berjuang untuk terus hidup dan jangan ditangkap oleh Kariya. Ishida kemudiannya tidak sedarkan diri kerana kecederaannya dan mendapati dirinya di hospital ayahnya selepas membuka mata. Di sana, dia dan rakan-rakan diserang oleh Bount kembar Hō dan Ban sehinggalah mereka diselamatkan oleh Shiba Ganju yang menggunakan bunga api untuk membunuh Bount tersebut.
Ishida kemudiannya ditangkap oleh Bount yang mendakwa bahawa mereka memerlukan kuasa Quincy dan mengurungnya di dalam sebuah bilik di rumah agam Kariya Jin, ketua bagi kumpulan Bount. Yoshino juga sedang dikurung di sana dan Ishida berkeras mahu menyelamatkannya apabila rakan-rakannya cuba membawanya keluar dari situ. Selepas rumah agam Kariya hancur musnah, kedua-dua Ishida dan Yoshino menerima rawatan di Kedai Urahara.
Yoshino cuba menewaskan Kariya sendirian dan diekori oleh Ishida yang hanya mampu melihat Yoshino dibunuh oleh Kariya sebagai korban bagi upacara penciptaan bitto (serangga yang boleh menyerap roh). Ishida mahu membalas dendam dan berusaha untuk memperoleh semula kuasa Quincynya. Tetapi, dia tidak dapat membentuk busur asalnya dengan baik. Sementara itu, Kurotsuchi Mayuri amat tertarik dengan Bount dan ingin mendapatkan seorang bagi uji kajinya. Apabila sedar bahawa seorang Quincy diperlukan bagi membolehkan Bount pergi ke Soul Society, Mayuri mengarahkan Nemu menyerahkan satu artifak Quincy yang boleh meniru keupayaan seorang Quincy bagi suatu tempoh yang pendek. Apabila Ishida memperoleh semula kuasanya, dia membenarkan Bount bertolak ke Soul Society kerana artifak tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik di sana (sebenarnya, keupayaan Bount juga akan turut meningkat di Soul Society tetapi Ishida tidak diberitahu tentang hal ini).
Di Soul Society, Ichigo dan Ishida bertemu dengan Rantao yang seiras dengan wajah Yoshino. Sebagai pencipta Bount, Rantao tidak terkejut bahawa dia telah mencipta seorang klon dalam kalangan Bount. Dia menerangkan bahawa Bount hampir serupa dengan roh modifikasi tetapi dibina berasaskan roh shinigami dan bukannya roh manusia. Maka, Bount mempunyai kuasa terpendam. Dia juga menjelaskan bahawa kebanyakan Bount telah dibunuh oleh shinigami.
Kemudian, ketika mereka berusaha untuk menjejaki Bount, Ishida berselisih dengan Bount Yoshi. Ishida yang belum menguasai artifak Quincy tersebut tidak dapat bertarung dengan baik kerana tembakannya sering tersasar dan panahnya tidak mengandungi kuasa semangat yang persis. Tetapi, lama kelamaan, Ishida semakin mahir menggunakan item tersebut. Satu tembakan yang tersasar daripada target sebenar membolehkan Ishida mempelajari kelemahan Yoshi iaitu jurang masa yang diperlukan untuk doll bertukar bentuk. Dengan pengetahuan ini, Ishida dengan mudahnya menembak ke dadanya sekaligus membunuh Bount tersebut.
Selepas pertarungan, Ishida dijumpai oleh Ichigo dan Chad dan dimaklumkan tentang niat Kariya. Selepas dirawat oleh Orihime, dia berusaha untuk menjejaki Kariya (kini Bount terakhir di dunia) dan melibatkan dirinya dalam pertarungan antara Kariya dengan Rantao. Rantao menggunakan kuasa Jōkaishō (sumber kuasa semangat yang sangat besar) untuk mengunci pergerakan Kariya supaya Ishida dapat menembak menembusi tubuhnya sekaligus membunuh Kariya. Ishida tidak berbuat demikian. Sebaliknya, dia berusaha untuk memisahkan mereka berdua tanpa mencederakan Rantao dan Kariya. Apabila Rantao tidak dapat mengawal kuasa semangatnya, Ishida mengumpulkan kuasa semangat tersebut ke dalam satu panah dan menembaknya ke langit. Dalam proses ini, artifak Quincynya retak dan musnah. Mereka diselamatkan daripada maut oleh Ichigo yang tiba tepat pada masanya.
[sunting]Babak Arrancar
Selepas pulang ke dunia sebenar, satu hollow muncul di luar sekolah. Ichigo, Chad, Orihime dan seorang pelajar baru Hirako Shinji berlari keluar. Ichigo dengan mudahnya dapat menewaskan hollow tersebut dan menyedari bahawa Ishida tidak bersama-sama mereka. Orihime memberitahu Chad dan Ichigo bahawa Ishida kemurungan dan tidak suka menunjukkan kelemahannya kepada orang lain. Oleh sebab itu, dia berkeputusan untuk tinggal di sekolah.
Semasa berjalan pulang ke rumah, Ishida diserang oleh dua arrancar yang tidak sempurna dan kelihatan seperti gasing. Dia terpaksa mempertahankan diri dengan menggunakan teknik seolah-olah kidō yang menggunakan kuasa semangat yang disimpan di dalam gintō. Ishida tidak dapat menewaskannya apabila ia berpisah kepada dua entiti. Tetapi, dia diselamatkan oleh ayahnya, Ryūken. Ryūken dengan mudahnya membunuh makhluk tersebut dan mendedahkan Bintang Bucu Lima Quincynya, "Quincy cross" yang pernah dimiliki oleh datuknya suatu ketika dahulu. Ryūken tahu tentang aktiviti anaknya di Soul Society dan memarahinya kerana kehilangan kuasa Quincy. Walau bagaimanapun, Ryūken berkata bahawa dia boleh memulihkan kuasa Ishida dengan syarat dia tidak akan bersekongkol dengan shinigami lagi.
Apabila Grimmjow Jaggerjack dan lima orang arrancar lain bertarung dengan shinigami, Ishida berlatih di dalam bilik rahsia yang diperbuat daripada perak dan kaca yang disintesis oleh roh. Ryūken menembak panak kepada Ishida dan mengatakan bahawa jika dia boleh hidup selepas ini, dia boleh memperoleh semula kuasa Quincynya. Selepas mengelak kesemua panahan ayahnya buat beberapa ketika, Ishida menjadi letih dan cuba menyerang dengan gintō terakhirnya untuk memerangkap ayahnya di dalam tiub kaca. Ryūken dapat memanah keluar dari kaca tersebut dengan mudah. Panah tersebut menembusi tubuh Ishida di satu titik berhampiran dengan jantungnya. Ryūken memberitahu Ishida bahawa dengan menembak 19 milimeter dari jantung seseorang selepas dia keletihan dari segi fizikal dan mental, kuasa Quincynya akan dapat dipulihkan.
[sunting]Babak Hueco Mundo
Setelah Orihime ditangkap oleh Aizen, Ishida muncul di Kedai Urahara bersama-sama Chad untuk membantu Ichigo menyelamatkannya. Dalam perjalanan ke Hueco Mundo, dia menjelaskan bahawa dia tidak membantu Ichigo sebagai kawan tetapi kerana Ichigo telah disisihkan dari Soul Society dan bukan merupakan shinigami yang sah. Maka, dia tidak melanggar janji yang telah dibuat kepada ayahnya. Tetapi, Kurosaki Isshin percaya bahawa Ryūken sengaja merelakan anaknya membantu Ichigo.
Setibanya di Hueco Mundo, Ishida dan Chad bertarung dengan dua orang arrancar yang bernama Iceringer dan Demōra serta menyuruh Ichigo untuk tidak melibatkan diri. Semasa Ishida berhempas-pulas berlawan dengan Demōra, dia mengingati nasihat ayahnya berkenaan dengan pertarungan dua-lawan-dua, dan bertukar lawan dengan Chad. Ishida menyeru busur baharunya dan bertempur secara jarak jauh dengan Iceringer. Malang sekali bagi Iceringer, kemahiran Ishida jauh mengatasi keupayaannya dan Ishida dapat menewaskannya dengan mudah.
Dalam perjalanan ke istana Aizen, kumpulan ini terserempak dengan beberapa hollow "baik" dan teman arrancar mereka. Mereka bergabung tenaga dan bergerak ke istana Aizen. Tetapi, mereka diserang hendap oleh beberapa gergasi pasir yang nampaknya imun terhadap segala jenis serangan. Arrancar Nell menerangkan bahawa kelemahan makhluk pasir itu ialah air. Abarai Renji dan Kuchiki Rukia tiba di tempat kejadian dan dengan menggunakan serangan berelemen ais Rukia, gergasi tersebut dapat ditumpaskan. Mereka kemudiannya tiba di sebuah bilik dengan lima pintu. Mereka bersumpah untuk berjumpa sesama sendiri hidup-hidup sebelum berpecah.
Ishida terpaksa bertarung dengan seorang arrancar wanita bernama Cirucci. Dengan menggunakan senjata seperti lasso, dia nampaknya kebal terhadap segala serangan Ishida walhal Ishida tidak dapat mempertahankan dirinya daripada serangan Cirucci. Pesshe, salah satu daripada hollow yang mesra itu, tiba di medan pertempuran semasa cuba mencari Nell. Ishida tidak berapa gembira untuk berjumpa semula dengan Pesshe dan begitu juga sebaliknya tetapi mereka berdua terpaksa berhadapan dengan Cirucci. Dia kemudiannya membebaskan zanpakutōnya untuk memperoleh sepasang sayap. Ishida dan Pesshe menghadapi masalah untuk bertarung dengannya memandangkan kepak besinya boleh dijadikan senjata lontaran. Ishida menukar strategi pertarungan dan menghasilkan sebilah pedang yang dipanggil Seele Schneider. Dengan menggunakan pedang ini, Ishida dengan mudahnya dapat menghiris segala serangan daripada sayap Cirucci.
Cirucci kemudiannya menanggalkan kepaknya dan dapat menggunakan tenaga semangat yang lebih tepu dan berkuasa. Walaupun begitu, pedang Ishida lebih kukuh buatannya dan dapat menyerap tenaga daripada serangan Cirucci dengan setiap pukulan. Cirucci percaya bahawa teknik serangan jarak jauhnya akan menewaskan Ishida. Tetapi, Ishida mengatakan bahawa Seele Schneider sebenarnya merupakan sebatang anak panah yang amat berkuasa dan bukannya sebilah pedang lantas memanahnya menembusi dada Cirucci. Selepas pertarungan itu berakhir, Pesshe sedar bahawa Cirucci belum mati tetapi Ishida tidak mahu membunuhnya dan berkata bahawa dia berhak memilih untuk berbuat demikian kerana dialah pemenang bagi perlawanan ini. Sebagai tambahan, dia mendedahkan bahawa dia menembak bahagian tubuh yang menjana kuasa semangat.
lama setelah itu Ishida bertemu dengan Renji Abarai, seorang shinigami yang merupakan teman seperjalanannya, terluka dan kepayahan bertarung melawan antek-antek Szayel Aporro-Granz, yang juga merupakan lawan dari Ishida lalu Ishida menolongnya.
Ishida, Renji, Pesshe dan Donchakka akhirnya bekerjasama untuk mengalahkan Arrancar satu ini. Saat Renji menggunakan bankainya untuk menghancurkan tempat mereka bertarung, Szayel menggunakan kesempatan ini untuk menjebak Ishida dan Renji.
Szayel membentuk semacam boneka berbentuk Ishida dalam bentuk kecil, yang apabila Szayel melkai boneka itu berarti sama dengan melukai Ishida. dengan itu Szayel bisa bertarung dengan jarak sangat jauh. Ishida dan Renji menjadi agak kewalahan, tapi lalu Pesshe dan Dondochakka datang dan menyelamatkan mereka berdua.
[sunting]Kuasa
Lihat juga: kombat Quincy
Oleh sebab telah menjalani latihan formal dan mempunyai pengalaman kombat, Ishida merupakan salah satu watak protagonis yang kuat dalam siri ini. Sebagai Quincy, senjata utama Ishida ialah busurnya tetapi dia boleh menggunakan pelbagai teknik dan item Quincy untuk meningkatkan kebolehannya.
Ketika diperkenalkan, Ishida menggunakan busur yang bernama "Burung Layang-layang Solo" (弧雀, Kojaku) yang nampaknya diperbuat daripada tenaga berwarna biru. Saiznya bergantung kepada kuantiti tenaga yang mengalir di dalamnya. Dengan busur ini, Ishida dapat membunuh kebanyakan hollow dengan satu panahan.
Sebagai persediaan ke Soul Society, Ishida kemudiannya menguasai sarung tangan sanrei yang banyak meningkatkan keupayaannya. Dengan sarung tangan ini, busur Ishida menjadi nyata dan dihiasi dengan corak-corak yang rumit. Busur ini juga bersambung secara langsung kepada sarung tangannya. Dengan sanrei, Ishida boleh memanah beberapa kali serentak dan bergerak dengan laju dalam jarak yang dekat. Apabila sarung tangan ini ditanggalkan, Ishida akan mencapai Bentuk Terakhir Quincy. Rupa busurnya tidak berubah walaupun pakaian Ishida berubah sedikit. Pada peringkat ini, keupayaan Ishida akan meningkat dengan mendadak. Semua tenaga lebihan dikumpulkan ke dalam kepak pada bahu kanannya. Tetapi, sebagai akibat menanggalkan sarung tangan ini, Bentuk Terakhir Quincy menggunakan terlalu banyak kuasa sehingga tidak mampu ditanggung oleh badan Ishida dan menyebabkan tubuhnya menyekat segala kuasa Quincy selepas ini.
Dalam babak Bount (anime sahaja), Ishida memperoleh semula kuasa Quincy buat sementara waktu dengan menggunakan artifak Quincy yang boleh meniru keupayaan semula jadi seorang Quincy. Artifak ini menghasilkan pakaian seragam Quincy dan sebuah busur besi di pergelangan tangannya. Artifak ini tidak stabil dan anak-anak panah yang ditembak sering tidak mengenai sasaran. Artifak ini juga tidak kukuh dan mudah hancur jika digunakan beberapa kali.
Dalam manga, kuasa Ishida berjaya dipulihkan sepenuhnya selepas panahan ayahnya menembusi satu titik 19 milimeter dari jantungnya. Dia menggunakan "Quincy cross" yang baru yang kelihatan seperti bintang bucu lima. Tidak seperti busur-busur terdahulu, busur terkininya berbentuk seperti sarang lelabah yang boleh menembak 1,200 panahan berturut-turut. Ishida juga memperoleh beberapa aksesori Quincy yang baharu. Salah satu daripadanya ialah "Seele Schneider" (魂を切り裂くもの, Pemotong Roh), sebatang anak panah yang amat berkuasa. Objek ini boleh digunakan sebagai pedang dalam pertempuran jarak dekat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar